Terma ‘bail-out’ untuk Sapura Energy terlalu negatif – Pakar ekonomi



Terma ‘bail-out’ untuk Sapura Energy terlalu negatif – Pakar ekonomi

Terma bail-out yang digunakan terhadap Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) oleh segelintir pihak dilihat tidak wajar lebih-lebih lagi terhadap usaha kerajaan dalam menangani kemelut yang berlaku.

Profesor Ekonomi UKM-Graduate School of Business, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali menyifatkan penggunaan terma tersebut secara jelas menggambarkan konotasi negatif.

“Ia seolah-olah nak menyelamatkan benda yang tak sepatutnya diselamatkan.

“Kerajaan sudah menjalankan usaha yang baik. Saya lebih suka menggunakan terma membaik pulih daripada menyelamat atau membantu.




“Kerajaan perlu teruskan dengan keseluruhan komitmen, strategi, bertindak dengan sasaran yang telah ditetapkan dan lakukan yang terbaik,” katanya dalam program SKOP MG dengan tajuk Isu Sapura: Perlukah Kerajaan Terlibat?.

Program yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Malaysia Gazette ini juga mendapat respons daripada masyarakat Malaysia yang terbuka terhadap isu-isu yang terkait dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Sapura.

Noor Azlan berkata, seharusnya tidak ada pihak yang terlalu terikat dengan penggunaan istilah hingga wujud pandangan pelbagai.

“Dengan terma bail-out itu, wujud pandangan bahawa usaha ini dilihat hanya seperti mahu selamatkan orang ini, orang itu.. jadi susahlah begini bila dicampur-adukkan.

“Ia tidak hanya itu, perbincangan ini juga menarik minat ahli-ahli politik tertentu, saya risau kerana dalam perbincangan mereka itu kadang-kadang ada juga yang silap tafsir.




“Saya bukan ahli politik, tetapi kita nampaklah ekonomi dan negara kadang-kadang diletak di tepi,” katanya.e

Dalam pada itu beliau berkata, perdebatan mengenai isu Sapura Energy ini terlalu teknikal untuk dibincangkan.

“Seharusnya kita percaya kepada individu-individu yang diberi mandat untuk membuat keputusan dan kita sama-sama menyokong dan berdoa dan semoga Allah SWT beri kita jalan yang terbaik.

“Kita juga harus faham kehidupan ini memang berdepan VUCA (suasana ketidaktentuan yang ketara).Tiada siapa boleh beritahu dia akan hidup atau mati esok hari.

“Jika rakyat nak tahu juga, ia harus berlandaskan kepada ekonomi yang baik,” katanya.




Sebagai pakar ekonomi, beliau melihat usaha kerajaan ini dalam landasan yang betul.

“Kita faham, isu berkaitan GLC (syarikat milik kerajaan) ini kesannya bukan hanya kepada kerajaan tetapi akan pergi kepada rakyat juga.

“Sekali lagi saya katakan, kerajaan hadir untuk Sapura bukan bertujuan membantu mana-mana individu tertentu,” jelasnya.

Beliau berkata, kerajaan harus melaksanakan sistem penjadualan yang jelas kerana ia menjadi ukuran apakah yang mahu dicapai pada akhir keputusan itu nanti.

“Apakah pelaksanaan yang akan dibuat untuk memastikan ia mampu dicapai. Sudah pasti memerlukan pemantauan, pelaporan dan mempunyai sasaran daripada jangka masa yang jelas.




“Saya melihat kerajaan telah meletakkan pakar-pakar yang dilantik dalam lembaga pengarah dan pengurusan (Sapura Energy).

“Mereka itu sangat layak dengan latar belakang yang saya bagus untuk membantu membaik pulih semula Sapura,” katanya lagi.

Mengakui isu berkaitan Sapura Energy ini adalah rumit, namun Noor Azlan berkata, tidak mustahil boleh diselesaikan asal semua pihak memberi kepercayaan.

“Ia tidak boleh dibiarkan begitu kerana akan ada banyak implikasi jika tiada usaha membaik pulih ini.

“Sebenarnya, tidak ada keperluan untuk melepaskan (menjual) Sapura, seperti kita mahu jual kereta mahal dalam masa singkat, proses tawar menawar tidak akan berlaku dan akhirnya kereta tersebut dijual pada harga rendah hanya kerana kita mahu wang tunai segera.

“Untuk kes Sapura, tidak boleh ia berlaku begitu.

“Penjualan secara mendadak hanya merugikan lagi, paling penting adalah perancangan penstrukturan.

“Sudah ada seorang pakar dalam bidang penstrukturan dari Australia telah dilantik.

“Ia tidak mudah, tetapi ia perlu dibuat untuk menyelamatkan,” ujarnya.

Sementara itu, beliau Noor Azlan berkata, biarpun kerajaan berusaha membaik pulih Sapura, namun tidaklah sampai melupakan kebajikan kepada rakyat.

“Dua perkara kerajaan dilihat bergerak seiring iaitu menjaga kebajikan rakyat dan membantu memulihkan ekonomi.

“Selepas pandemik, kerajaan memberi bantuan daripada syarikat mikro yang ada lima pekerja hinggalah kepada syarikat besar.

“Bentuk-bentuk bantuan pula adalah berbeza-beza. Kalau kerajaan membantu Sapura, ia tidak sama sekali tidak akan meninggalkan hal ehwal kebajikan rakyat.

“Bantuan kepada Sapura juga sebenarnya membantu 10,000 pekerja serta implikasi-implikasi yang lain dan ia dilakukan secara serentak,” katanya. MG

Terma ‘bail-out’ untuk Sapura Energy terlalu negatif – Pakar ekonomi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terma ‘bail-out’ untuk Sapura Energy terlalu negatif – Pakar ekonomi

Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

https://mykmu.net/2022/04/10/dilabel-jual-juadah-harga-tel-aviv-chef-ammar-tersingg



Leave a Reply

Your email address will not be published.