Bung Moktar Sokong RUU Dibentang Akhir Mei “Semoga Yang Melompat… Insaf!”

Bung Moktar Sokong RUU Dibentang Akhir Mei “Semoga Yang Melompat… Insaf!”

Datuk Seri Bung Moktar Radin menyokong cadangan blok pembangkang agar Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti dibentangkan selewat-lewatnya akhir Mei ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu menambah, RUU itu juga perlu dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum diadakan.



Ini kerana katanya, tindakan melompat parti adalah perbuatan khianat, tidak bermaruah serta tidak berintegriti walaupun ia dilakukan secara sukarela ataupun dipaksa.

“Itu penipuan dan pembohongan semata-mata, mereka melompat kerana kepentingan diri sendiri untuk mendapat jawatan, kuasa dan sebagainya,” katanya pada Mesyuarat Khas Parlimen ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (no.3) 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata sebagai wakil rakyat, seseorang itu seharusnya berani dan bersedia dengan apa sahaja kemungkinan termasuk berdepan kekalahan dalam pilihan raya.

“Kita masuk politik, kaki sebelah kita sudah hampir masuk penjara, diri kita 80 peratus didedahkan kepada fitnah, tohmahan, dan sebagainya. Jadi kita mesti bersedia dan kenapa perlu risau? Kalah, kalah lah… hormati (parti) yang menang.

“… yang aneh pula hari ini banyak yang lompat parti berbahas. Saya harap mudah-mudahan mereka ada keinsafan sebab (akibat) perbuatan merekalah negara ini kucar-kacir dan malu di peringkat antarabangsa,” sindir Bung Moktar lagi.



Beliau dalam masa yang sama berkata, pemimpin yang berdepan perbicaraan di mahkamah juga perlu menghadapi perkara itu tanpa mencari ‘usaha’ untuk melompat parti.-AA

Bung Moktar Sokong RUU Dibentang Akhir Mei “Semoga Yang Melompat… Insaf!”

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tular Kisah Rumah Adik Akid Serba Daif, Ustaz Ebit Lew Terus Datang Membantu [VIDEO]

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker