Farhash beri laluan Saifuddin cabar Rafizi jawatan No 2 PKR

Farhash beri laluan Saifuddin cabar Rafizi jawatan No 2 PKR

Farhash Wafa Salvador hari ini mengesahkan menawarkan diri sebagai calon naib presiden PKR pada pemilihan parti Mei ini, walaupun sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding timbalan presiden bagi mencabar Rafizi Ramli.

Dalam sidang media selepas menyerahkan borang pencalonannya, Farhash yang juga bekas ketua PKR Perak berkata pengunduran beliau sekali gus memberi laluan kepada Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution berentap dengan Rafizi.



“Saya (hari ini menghantar borang pencalonan) bertanding naib presiden,” katanya ringkas.

Beliau mengakui akar umbi menyokongnya untuk bertanding timbalan presiden bagaimanapun menghormati keputusan Saifuddin yang ingin bertanding jawatan nombor dua parti itu.

“Saya bagi laluan kepada Saifuddin untuk bertanding Timbalan Presiden melawan Rafizi Ramli. Sokongan saya teranglah, kalau bagi laluan dekat dia, bagi sokongan dekat dialah,” katanya yang turut menyatakan sokongan kepada Adam Adli sebagai Ketua AMK.

Farhash turut mengesahkan akan berdepan Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari merebut jawatan ketua cabang Gombak pada pemilihan bagi sesi 2022-2025.



Pada pemilihan lalu, Rafizi tewas kepada Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan timbalan presiden. Beliau kemudian dilantik sebagai naib presiden dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi sesi 2018-2021.

Bagaimanapun, jawatan timbalan presiden kosong sejak dua tahun lalu selepas Azmin dipecat oleh parti itu pada 24 Feb 2020. FMT

Farhash beri laluan Saifuddin cabar Rafizi jawatan No 2 PKR


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3



https://mykmu.net/2022/04/10/dilabel-jual-juadah-harga-tel-aviv-chef-ammar-tersingg

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker