Muhyiddin mahu MP lompat parti diberi perlindungan

Muhyiddin mahu MP lompat parti diberi perlindungan

Muhyiddin Yassin khuatir pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan boleh disalahgunakan di kemudian hari untuk menafikan hak dan kebebasan ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Beliau berkata, pindaan itu merangkumi maksud yang terlalu luas dan boleh menyekat hak kebebasan wakil rakyat untuk menyatakan kebenaran serta mengambil pendirian dalam hal yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.

Oleh itu, katanya, pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mestilah jelas maksudnya iaitu membuat sekatan hanya ke atas Ahli Parlimen yang merupakan ahli sebuah parti politik untuk meninggalkan partinya dan menyertai sebuah parti lain.

“Pindaan ini tidak boleh merangkumi perkara lain yang boleh dikira menyekat kebebasan berpersatuan Ahli Parlimen dan ADUN yang dibenarkan oleh Perlembagaan dan undang-undang.

“Pindaan ini juga akan memberikan kesan besar terhadap hak kebebasan berpersatuan bagi rakyat yang selama ini dipertahan dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sesi perbahasan di Parlimen hari ini.

Menurut Muhyiddin, penggubalan itu bagi mengenakan sekatan ke atas hak kebebasan berpersatuan berkaitan dengan keanggotaan parti ahli Parlimen dan ADUN di negara ini.

Kata beliau, sekatan ke atas hak kebebasan asasi itu hanya boleh dibuat oleh sebuah Akta Parlimen atas sebab keselamatan negara, ketenteraman awam dan moral.

“Tidak ada alasan lain boleh digunakan untuk menyekat hak kebebasan seorang wakil rakyat sama ada menubuhkan sebuah parti politik, menyertai parti politik, meninggalkan parti politik atau tidak menyertai mana-mana parti politik.

“Inilah precedent atau duluan kes yang menjadi prinsip undang-undang yang diterima di negara kita.

“Namun, jika Dewan Rakyat meluluskan RUU ini, maka hak kebebasan asasi untuk berpersatuan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan selama ini akan disekat dengan sekatan yang akan diperincikan dalam sebuah akta yang akan digubal kemudiannya,” ujar beliau.

Ahli Parlimen Pagoh itu menjelaskan, semua ahli Dewan Rakyat memikul beban tanggungjawab besar untuk sentiasa melindungi hak kebebasan asasi rakyat, termasuk hak kebebasan sebagai wakil rakyat.

Justeru, ujarnya, pindaan itu bukan suatu perkara yang kecil, malah bukan semata-mata suatu hal yang berkaitan dengan kepentingan politik atau kepentingan mana-mana parti, tetapi berkait dengan soal keadilan dan kebebasan yang mesti dibela dan pertahankan.

“Kita berbahas hari ini mengikut naluri suara hati atau conscience kita sebagai Ahli Parlimen bukan berasaskan label parti politik.

“Pertimbangan utama kita ialah adakah undang-undang ini adil atau sebaliknya? Adakah ianya baik untuk rakyat dan negara? Atau hanya akan memberi kelebihan kepada pihak tertentu sahaja atas tujuan kepentingan politik semata-mata.

“Apatah lagi RUU ini akan membatasi hak asasi kita semua sebagai seorang individu dan juga Ahli Parlimen yang dijamin oleh Perlembagaan,” katanya.

Menurut Muhyiddin, dalam siri libat urus mengenai RUU itu, beliau telah menyatakan beberapa pandangan, antaranya, minta kerajaan mengkaji semula definisi lompat parti.

“Saya tidak bersetuju ahli Parlimen yang dipecat dari partinya atau meninggalkan partinya atas apa jua sebab dikira sebagai lompat parti dan perlu mengosongkan kerusinya serta-merta. MG

Muhyiddin mahu MP lompat parti diberi perlindungan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

https://mykmu.net/2022/04/10/dilabel-jual-juadah-harga-tel-aviv-chef-ammar-tersingg

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker