Rasuah projek Petronas, SPRM tahan 9 orang

Rasuah projek Petronas, SPRM tahan 9 orang

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan sembilan individu sejak 8 April lalu bagi membantu siasatan isu rasuah projek di Petronas Carigali Sdn Bhd.

Dalam kenyataan media hari ini, pihak berkuasa itu berkata, siasatan dilakukan hasil kerjasama dan perkongsian maklumat antara SPRM dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi membantu memperkukuhkan integriti di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“SPRM ingin menjelaskan seorang daripada sembilan individu yang ditahan tersebut merupakan eksekutif muda dan bukannya ketua pegawai eksekutif (CEO) seperti dakwaan segelintir pihak.

“Lapan lagi individu yang turut ditahan merupakan pemilik dan pegawai kanan syarikat-syarikat kontraktor yang menjalankan projek berkaitan isu rasuah tersebut,” kata SPRM.

Semalam, Petronas mengesahkan salah seorang kakitangan eksekutif peringkat rendah kumpulan itu telah ditahan SPRM kerana disyaki terbabit dalam rasuah.

Dalam kenyataannya, syarikat minyak dan gas negara itu turut menegaskan bahawa ia komited untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan tersebut dan menentang keras sebarang bentuk salah laku melibatkan kakitangannya. Mk

Rasuah projek Petronas, SPRM tahan 9 orang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

https://mykmu.net/2022/04/10/dilabel-jual-juadah-harga-tel-aviv-chef-ammar-tersingg

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker