Penjaga Gol JDT Mohd Farizal Stabil Selepas Insiden Mencemaskan

Penjaga Gol JDT Mohd Farizal Stabil Selepas Insiden Mencemaskan

Ketua pasukan dan penjaga gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohd Farizal Marlias berada dalam keadaan stabil berikutan kecederaan dialami dalam insiden mencemaskan pada aksi Liga Super menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.



Bagaimanapun, Mohd Farizal yang juga penjaga gawang nombor satu skuad kebangsaan akan kekal dalam pemerhatian, selain perlu menjalani beberapa ujian perubatan di hospital, menurut hantaran di Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Kecederaan dialami Mohd Farizal berikutan pelanggaran dengan rakan sepasukan Shane Lowry ketika cuba menyelamatkan hantaran lintang pemain tengah TFC Muhammad Syafik Ismail pada minit ke-61.

Mohd Farizal yang seakan tidak sedarkan diri terpaksa diusung keluar dan penjaga gol simpanan, Muhammad Haziq Nadzli dibawa masuk bagi menggantikannya.

Skuad Harimau Selatan menang 2-1 pada pertembungan itu hasil dua gol tandukan penyerang sensasi Bergson da Silva yang menafikan gol penyamaan Kpah Sherman sekali gus membantu pasukan mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam empat perlawanan untuk menerajui takhta liga.-AA



Penjaga Gol JDT Mohd Farizal Stabil Selepas Insiden Mencemaskan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker