Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Lagu Terus Hidup nyanyian dan ciptaan Aina Abdul dinobat sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL36) yang melabuhkan tirainya di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Aina membawa pulang hadiah utama iaitu wang berjumlah RM100,000 berserta trofi.

“Terima kasih kepada ibu yang menonton di rumah dan keluarga. Terima kasih juga kepada tulang belakang saya, Aina Nation kamu bantu saya bermimpi.

“Mimpi itu indah. Terima kasih juga saya ucapkan kepada penulis dan komposer yang memberi inspirasi. Kamu beri saya idea dan semangat untuk bangkit semula dan tulis lagu untuk diri sendiri. Terima kasih juga untuk Jenny Chin pencipta lagu yang membantu saya menghasilkan yang terbaik,” kata Aina sewaktu memberi ucapan kemenangannya.

Aina turut memenangi Anugerah Vokal Terbaik menerusi lagu sama dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Tempat kedua menjadi milik lagu Satu Malam Di Temasek nyanyian Sonaone dan Joe Flizzow manakala tempat ketiga diduduki lagu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar dan The Locos. Masing-masing membawa pulang wang RM50,000 dan RM30,000 berserta trofi.

Kategori Persembahan Terbaik dimenangi lagu Irama nyanyian Shiha Zikir ciptaan Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves sekali gus berjaya meraih RM12,000 berserta trofi.

Anugerah Penyanyi Pilihan Alha Alfa AJL37 dimenangi oleh Khai Bahar. Penyanyi itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Penjurian Anugerah AJL37 dibarisi oleh juri profesional seperti Acis, Altimet, Noryn Aziz, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman, LY, Damian dan diketuai maestro muzik, Mokhzani Ismail.

Buat julung kali, Anugerah Juara Lagu diacarakan oleh Jihan Muse yang bergandingan dengan Sherry Alhadad. Bagi segmen Karpet Merah AJL37 dihoskan Muaz Mohamed serta Fiza Frizzy. Pengacara belakang pentas pula dijayakan Nadia Hasnan dan Imran Aqil.

Tirai persembahan AJL37 dibuka dengan persembahan Syamel, Tuju, Loca B, Azlan The Type Writer, De Fam, Waris dan Kaka Azraff. Acara berprestij itu ditutup dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan Blues Gang, Kugiran Masdo dan Exist.

Terdahulu, 30 buah lagu layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 37 membuat persembahan bagi merebut 12 tempat teratas untuk ke pentas akhir.

Untuk penganjuran kali ini, TV3 mengangkat tema ‘Dimensi Muzik’ yang menterjemahkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya dari pelbagai genre muzik.

Anugerah AJL37 bersiaran secara langsung di TV3 bermula jam 9 malam tadi.

Berikut senarai penuh 12 lagu layak ke AJL37:

Anugerah Terindah
Penyanyi : Alif Satar
Lirik : Alif Satar, Shah Shamshiri dan Romeo
Komposer : Alif Satar, Romeo, Tam Cobain dan Efry Arwis

Debu
Penyanyi : Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi
Lirik : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim
Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim

Korban
Penyanyi : Ernie Zakri
Lirik : Ernie Zakri
Komposer : Ernie Zakri

Bahagiakan Dia
Penyanyi : Liza Hanim dan Shila Amzah
Lirik : Aliff Iskandar dan Que Afiq
Komposer : Aliff Iskandar

Satu Malam Di Temasek
Penyanyi : Joe Flizzow dan Sonaone
Lirik : Joe Flizzow dan Sonaone
Komposer : Sonaone

Kembali Terang
Penyanyi : Marsha Milan
Lirik : Senna
Komposer : Senna dan Ajin

Terus Hidup
Penyanyi : Aina Abdul
Lirik : Aina Abdul
Komposer : Aina Abdul

Nang
Penyanyi : Iman Troye
Lirik : Ezra Kong dan A.Ramle
Komposer : Ezra Kong dan A.Ramle

Sengsara
Penyanyi : Khai Bahar
Lirik : John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K
Komposer : John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K

Irama
Penyanyi : Shiha Zikir
Lirik : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves
Komposer : Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves

Payung Pelangi
Penyanyi : Noki dan Mk
Lirik : Noki dan Mk
Komposer : Noki dan Mk

Mainan
Penyanyi : Naim Daniel
Lirik : Arisz Ab Rahman
Komposer : Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewanga

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker