Pegawai universiti dicekup buat tuntutan palsu projek pendidikan

Pegawai universiti dicekup buat tuntutan palsu projek pendidikan

SHAH ALAM – Seorang pegawai universiti tempatan ditahan selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu bagi projek pendidikan berjumlah kira-kira RM330,000.

Sumber berkata, suspek wanita berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang tadi ketika hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.



Kata sumber, suspek dipercayai membuat tuntutan palsu bagi projek pendidikan itu antara tahun 2018 hingga 2022.

“Siasatan awal mendapati kakitangan di bawah suspek tidak terlibat langsung dengan aktiviti dan tuntutan tersebut.

“Tuntutan palsu itu bagi projek pendidikan bernilai kira-kira RM330,000,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.



Jelas beliau, suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman, pagi esok. K Online

Pegawai universiti dicekup buat tuntutan palsu projek pendidikan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar



Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker