Saya tak perlu gaji – Nazri Aziz

Saya tak perlu gaji – Nazri Aziz

Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan dia bersedia untuk tidak menerima gaji apabila memulakan tugasannya itu kerana gaji bukan ke­utamaan.

Namun, kata bekas ahli Parlimen Padang Rengas itu, beliau tidak akan menolak jika kerajaan memberikan gaji untuk tugasannya sebagai duta di AS.



“Saya terima jawatan ini bukan kerana duit. Macam (bekas) duta-duta yang kata rugilah calon-calon lain tak dapat duit, mungkin gaji tinggi agaknya, saya pun macam perdana menteri juga saya tak perlu gaji ini, saya adalah duit sikit.

“Saya tak perlu kepada gaji, mungkin juga sebab difikirkan saya ada tugas tertentu yang boleh saya berikan, itu sebab mereka putuskan (lantik saya).

“Tapi kalau (kerajaan) nak bagi (gaji) kita ambil, saya bukan lagi ahli politik, wang bukan matlamat,” katanya yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia, hari ini.

Menurut Nazri, penerimaannya terhadap lantikan jawatan itu bukan soal gaji tetapi kerana mahu tanggungjawab dan merasakan bahawa dia masih boleh memberi sumbangan kepada kerajaan untuk selama dua atau tiga tahun lagi.



Selasa lalu, Kementerian Luar Negeri mengumumkan bahawa Nazri telah dilantik sebagai duta Malaysia ke AS.

Bagaimanapun, pelantikan itu mendapat kritikan daripada orang ramai dan sesetengah pemimpin yang berpandangan jawatan duta perlu dikhaskan kepada diplomat yang mahir dalam hal ehwal antarabangsa.

Namun, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata Nazri merupakan personaliti yang sesuai untuk menjadi duta Malaysia ke AS dan juga mengesahkan bahawa pencalonannya untuk jawatan itu dibuat oleh kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Presiden Umno itu juga menyatakan keyakinannya terhadap kemampuan Nazri mewakili negara dan menguruskan tugas sebagai duta.



Dalam pada itu, Nazri berkata, pelantikannya sebagai duta ke AS tidak seharusnya dipersoalkan kerana dia bebas daripada elemen nepotisme, kronisme mahu pun favouritisme untuk jawatan tersebut.

Menurutnya, dia juga bukan dari kalangan ahli keluarga perdana menteri, selain juga bukan sebagai kroni kepada Anwar Ibrahim dan bukan atas elemen calon pilihan atau menjadi orang kesaya­ngannya.

“Favouritisme ini maknanya kita suka orang itu, mungkin dia tak bagus kerja tapi kerana Perdana Menteri suka pada saya, beri juga (jawatan) pada saya. Ini mungkin favouritisme sebab saya kenal perdana menteri bukan setahun dua tapi sudah berpuluh tahun.

“Tapi penjelasan perdana menteri mengatakan saya dipi­lih bukan waktu beliau (menjadi perdana menteri), saya di­pilih oleh Jemaah Menteri pada Februari tahun lepas, betullah Perdana Menteri kata (pemilihan) setahun lepas.



“Jemaah Menteri pilih saya, setahun lalu kemudian nama saya dihantar April tahun lepas dan pada September tahun le­pas baru dilulus. Penjelasan perdana menteri bermakna pelantikan ini bukan berdasarkan favouritisme, bukan beliau yang pilih saya, bukan beliau yang memulakan proses pelantikan ini tapi zaman Datuk Seri Ismail Sabri, jadi jelaslah, tiada pilih kasih, terima kasih perdana menteri.

“Jadi saya lepas tiga-tiga elemen itu, terima kasih Perdana Menteri. Walaupun ada kritikan, pada saya yang penting Yang di-Pertuan Agong telah memberikan watikah pelantikan kepada saya dan Perdana Menteri membuat penjelasan bukan beliau yang lantik saya, jadi tak berbangkit favouritisme, kronisme tak ada, nepotisme langsung tak ada, bermakna bersihlah saya,” katanya lagi yang dipetik oleh Utusan Malaysia.

Nazri juga mendedahkan beliau ada mengadakan pertemuan dengan Anwar mengenai pelantikan sebagai duta ke AS, Disember lalu.

“Dalam pertemuan itu, saya ada beritahu sebagai sahabat dan sebagai kawan, saya kata kalau beliau merasakan pelantikan saya ini mendatangkan beban kepada beliau, jangan lantik saya. Ini memang saya beritahu dia.



“Ya, saya teruja, seronok, gembira apatah lagi beliau perdana menteri tapi saya beritahu kalau pelantikan saya ini menjejaskan kredibiliti beliau, menjejaskan kerja beliau, jangan lantik saya, itu saya ada beritahu dia,” katanya.

Nazri berkata, dia akan ke AS sebaik sahaja mendapat arahan. Mk

Saya tak perlu gaji – Nazri Aziz

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker