Radzi Jidin tak buat kerja – Maszlee

Lebih 800 sekolah daif

Radzi Jidin tak buat kerja – Maszlee

Mengulas kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa setakat 31 Januari lalu terdapat sebanyak 830 buah sekolah di seluruh negara yang mempunyai blok bangunan daif, Maszlee berkata ini berlaku kerana kelemahan pemantauan sejak pemimpin Bersatu itu mengambil alih jawatan selaku menteri kanan pendidikan.

“Jika dibandingkan dengan zaman saya (sebagai menteri pendidikan), apa yang berlaku ialah setiap kali (mesyuarat) pasca kabinet, kita minta bahagian pembangunan untuk melaporkan perkembangan sekolah daif.

“Itu yang kita boleh dapat sasaran (selesaikan isu sekolah daif) 90 peratus. Jadi saya berharap kerajaan yang ada ini akan adaptasi mengenai pemantauan dan letakkan pada ‘dashboard’ (papan pemuka).

“Jadi bukan sekadar menteri boleh pantau (perkembangan sekolah daif), bahkan ahli Parlimen dan semua pihak boleh pantau termasuk rakyat. Di zaman Radzi Jidin, ‘dashboard’ itu tak bergerak (tiada dikemas kini).

“Saya pernah mengeluarkan kenyataan dekat Parlimen yang menyatakan ‘dashboard’ itu sejak zaman saya (jadi menteri pendidikan), ia tidak berubah angka. Saya tengok data dari zaman saya tak juga bertambah. Kemudian saya tahulah dia (Radzi) pun tak buat kerja,” katanya yang dipetik oleh Berita Harian Online, hari ini

Semalam, KPM memaklumkan sebanyak 830 buah sekolah di seluruh negara dikenalpasti memerlukan penggantian atau pembangunan semula.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi, Mohamed Khaled Nordin menyenaraikan sekolah daif yang perlu diperbaiki.

Katanya, tumpuan kerajaan ketika ini ialah untuk segera menyelesaikan masalah sekolah daif demi kebajikan anak-anak selain meningkatkan mutu pendidikan negara. Mk

Radzi Jidin tak buat kerja – Maszlee

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker