Pembunuh Along Spoon terlepas hukuman penjara sepanjang hayat

Pembunuh Along Spoon terlepas hukuman penjara sepanjang hayat

Mahkamah Persekutuan hari ini meminda hukuman daripada penjara sepanjang hayat kepada pemenjaraan selama 33 tahun, ke atas seorang bekas anggota polis yang disabitkan kesalahan membunuh penyanyi terkenal era 90-an, Sabi’ul Malik Shafie atau lebih dikenali sebagai Along Spoon.

Pindaan hukuman itu berkuat kuasa bermula dari tarikh tangkapan tertuduh, Mohamed Ya’cob Demyati, 57, pada 4 Januari 2000.



Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada hari kedua persidangan selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023, membuat keputusan pindaan itu secara sebulat suara.

Empat lagi hakim yang bersidang ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah; serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Pada prosiding hari ini, Mohamed Ya’acob ialah antara 12 individu terlepas daripada hukuman mati atau penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan memindanya kepada penjara 30 tahun dan ke atas serta sebatan.

Bagaimanapun, bekas anggota polis itu terlepas hukuman sebatan atas faktor usia 50 tahun dan ke atas.



Sebelum ini, Mohamed Ya’cob dikenakan hukuman mati, namun diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.

Pada 2 November 2010, lelaki itu dilaporkan kekal dikenakan hukuman gantung atas kesalahan membunuh setelah rayuan akhirnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Zaki Azmi, memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa keterangan ikut keadaan yang disandarkan pendakwa raya adalah kukuh untuk mensabitkan perayu atas tuduhan membunuh.

Zaki yang bersidang bersama Datuk Seri Md Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong berpuas hati bahawa tiada sebab untuk menolak penemuan hakim bicara ketika mensabitkan perayu.



Panel hakim berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan, pada 10 April 2002 yang mensabitkan Mohamed Ya’cob, sebelum Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 29 Ogos 2008.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Ya’acob yang merupakan anggota cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ketika itu, didakwa membunuh Sabi’ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, jam 1 pagi 26 Disember 1999.

Along Spoon dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 sebelum polis menemui rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000. BH

Pembunuh Along Spoon terlepas hukuman penjara sepanjang hayat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU



Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker