Netizen gembira, Fazura dah bertudung

Sebaran :

 

Netizen gembira, Fazura dah bertudung

Netizen gembira, Fazura dah bertudung?

FAZURA memuat naik foto berhijab di Instagramnya mencuri perhatian netizen.

Kuala Lumpur: Penampilan pelakon Nur Fazura yang kerap mengenakan hijab dalam beberapa hantaran terbaharu di Instagram kini menjadi buah mulut netizen dan tanda tanya.

Rata-rata kebanyakan warga maya menyambut baik penampilan yang digayakan Fazura dan mendoakan semoga isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berhijab sepenuhnya.

Jika sebelum ini, Fazura mengenakan hijab sepanjang bulan Ramadan, namun sekarang penampilannya agak berbeza apabila wanita berusia 37 tahun itu sering berkongsi video atau gambarnya yang berhijab.

“Cantiknya Fazura. Harap sangat dah berhijab. Amin ya rabbal alamain. Saya sangat mengagumi anda.

“Alhamdulillah, dah berhijab dah Fazura.

“Cantiknya bertudung,” itu antara komen-komen yang ditinggalkan pengikutnya di Instagram.

Sementara itu, menerusi temu bual bersama media pada Ramadan lalu, Fazura berkata soal bila dia akan bertudung adalah terlalu peribadi, namun sekiranya sudah bersedia untuk berhijrah dia tidak akan membuat sebarang pengumuman.

“Setiap tahun saya akan bertudung pada bulan Ramadan. Sudah tentulah, saya ada niat dan keinginan ke arah itu. Tapi, itu antara saya dengan Allah.

“Soal penghijrahan ini sangat personal. Kalau saya berhijrah nanti pun, tiada pengumuman akan dibuat. Saya akan buat saja dan apapun mohon doa yang baik-baik untuk saya,” katanya. HM

Netizen gembira, Fazura dah bertudung?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Fazura mahu ‘Mak Teh viral’ sedar diri


Sebaran :

Leave a Reply