Fazura mahu ‘Mak Teh viral’ sedar diri



Sebaran :


Risau dengan jumlah jangkitan positif Covid-19 yang semakin meningkat, pelakon Fazura menyeru rakyat Malaysia agar segera mendaftar untuk pengambilan suntikan vaksin yang kini giat dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Pesanan tersebut disampaikan Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 37, menerusi satu hantaran Instagramnya hari ini.

“Jadi, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, patuhilah prosedur operasi standard (SOP) untuk bantu petugas barisan hadapan. Ambil suntikan vaksin jika sudah mendaftar dan sila mendaftar kepada yang belum.



“Jaga kesihatan diri dan keluarga serta bantu peniaga kecil. Bersama kita lindungi diri daripada virus Covid-19,” katanya.

Dalam hantaran sama, Fazura turut menyampaikan mesej kesedaran tentang pengambilan vaksin dalam bentuk nukilan pendek mengenai Mak Teh yang viral baru-baru ini.

Cerita pendek yang ditulis Fazura mengenai Mak Teh yang menyebarkan berita palsu mengenai vaksin.



Cerita pendek tersebut mengenai Mak Kiah yang mengamuk dengan Mak Teh menyebarkan berita palsu mengenai keburukan vaksin.

“Tolong doakan Mak Teh sedar diri dan selamat daripada Mak Kiah,” tulisnya lagi.

Baru-baru ini, tular dalam aplikasi WhatsApp sebuah rakaman suara yang memperkenalkan dirinya sebagai Mak Teh.



Menerusi rakaman suara tersebut, Mak Teh didakwa menyebarkan berita palsu mengenai keburukan pengambilan vaksin

Rakaman tersebut seterusnya mengundang kecaman ramai kerana dikhuatiri menakutkan rakyat negara ini untuk mengambil vaksin. K Online

Nama Fazura ‘trending’ cari lemang


Sebaran :


Leave a Reply