Ibu kandung, teman lelaki ditahan disyaki dera anak kerana kencing, berak merata


Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki mendera anak kandungnya yang berusia empat tahun di sebuah kondominium di Hulu Kelang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, pasangan berusia 27 dan 39 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Hulu Kelang yang diketuai Inspektor Yew Chee Teong.

Katanya, polis turut menjumpai seorang kanak-kanak yang dipercayai mangsa dera di rumah itu.

Beliau berkata, kejadian itu mula disedari ibu saudara tiri mangsa yang mendakwa kanak-kanak perempuan itu didera buat kali pertama awal Mac lalu ketika beliau melawat, tetapi tidak nampak kesan atau kecederaan ketara.



Tetapi, katanya, wanita berusia 20 tahun itu melawat lagi baru-baru ini dan ternampak kesan lebam serta bengkak pada mata kanan mangsa.

Farouk berkata, punca kejadian disebabkan mangsa kencing dan berak merata-rata sehingga mengotorkan rumah serta kereta.

“Mangsa juga dikatakan hiperaktif dan tidak dengar kata (sukar dikawal),” katanya dipetik Sinar Harian dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan lanjut mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah tipu dan teman wanitanya mempunyai satu rekod berkaitan kes dadah.



Katanya, pasangan itu direman tujuh hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

“Kertas siasatan dalam tindakan akhir dan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin ini untuk tindakan lanjut.” FMT

Kanak-kanak melecur seluruh badan didera ibu tiri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker