Polis kena tawan dengan tahanan?


Polis Shah Alam nafi berita ‘polis kena tawan tahanan’

Polis Shah Alam menafikan kejadian ‘ditawan tahanan’ sepertimana tajuk berita ‘Polis Kena Tawan’ yang diterbitkan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Dalam berita itu menyatakan seorang anggota polis berpusat di Shah Alam berdepan detik cemas apabila ditawan dan diserang sekumpulan tahanan lokap hingga cedera ketika mangsa bersama dua anggota polis lain melakukan pemeriksaan mengejut terhadap semua sel lokap.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib amat menghargai sekiranya media dapat memastikan berita yang disampaikan kepada umum adalah tepat.



“Pohon kerjasama semua rakan media untuk berhubung dengan pihak media Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam (DSP Karthik ditalian 012-9300162) sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, kemusykilan atau pengesahan maklumat bagi memastikan berita yang disampaikan adalah tepat dan benar,” katanya dalam kenyataan hari ini. Bernama

Polis Shah Alam nafi berita ‘polis kena tawan tahanan’


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Apa maksud kerajaan dengan ‘lockdown’ kendiri ?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker