Resepi Sambal Telur Pecah Bercili Pedas

Sebaran :

Resepi Sambal Telur Pecah Bercili Pedas

Kali pertama saya memasak Sambal Telur Pecah Bercili Pedas. Ianya ala ala Scramble Eggs tapi versi Melayu di mana adanya cili bawang belacan dsb. Saya alah dengan belacan jadi kebanyakan resepi saya tidak menggunakan belacan. Kalau anda boleh makan belacan, rasanya pasti lagi sedap kerana adanya perisa udang geragau dalam belacan.

Yang seronoknya, bila melihat anak anak berebut-rebut menceduk lauk Telur Pecah ni hingga sekejap jer dah licin pinggan. Sekali sekala membuat kelainan, itu yang dapat menbangkitkan selera anak anak.



Jom layan resepi mudah dan yang pasti sedap.

Resepi Sambal Telur Pecah Bercili Pedas

Bahan bahan:


4 biji telur
Garam

Bahan tumbuk:

8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3-4 tangkai cili padi kampung
4 tangkai cili merah dan cili hijau
Belacan – (sekiranya anda mahu)

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Tuangkan telur dan biarkan seketika sebelum dikacau.

Masukkan garam secukup rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Azie Kitchen

Resepi sambal ikan bilis meletop


Sebaran :

Leave a Reply