Hospital Selayang terpaksa sedia kontena khas

Hospital Selayang terpaksa sedia kontena khas
Hospital Selayang terpaksa sedia kontena khas untuk jenazah Covid-19

PETALING JAYA: Selepas Hospital Sungai Buloh, kini tiba giliran Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan jenazah pesakit Covid-19.

Menerusi perkongsian di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), memaparkan satu kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang.

“Kontena khas ini boleh menempatkan 20 jenazah/mayat tambahan memandangkan peti mayat di hospital itu sentiasa penuh,” menurut KKM.



Menurut catatan itu, kematian akibat Covid-19 semakin hari semakin bertambah terutama di Lembah Klang dengan KKM melaporkan satu lagi rekod tertinggi untuk jangkitan harian Covid-19, dengan 7,857 kes.

Setakat hari ini, negara mencatatkan pertambahan 59 kes kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini sebanyak 2,491 kes. FMT

Hospital Selayang terpaksa sedia kontena khas untuk jenazah Covid-19

 


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Terpaksa sediakan kontena khas simpan mayat pesakit Covid-19

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker