Wanita mahu ‘serang’ Israel dengan cara hancurkan rumah tangga tentera zionis

Wanita mahu ‘serang’ Israel dengan cara hancurkan rumah tangga tentera zionis. Seorang wanita di Indonesia menjadi tular di media sosial apabila berikrar untuk melancarkan ‘serangan’ terhadap tentera Zionis dengan cara menghancurkan rumah tangga mereka, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Wanita yang menggelar dirinya ‘pelakor’ atau perampas suami orang itu membuat kenyataan dalam sebuah video di TikTok yang kini tular dengan pelbagai komen yang diterima daripada pengguna lain.

Video yang dimuat naik oleh pengguna bernama @cintadamai.14 itu memaparkan pengakuan dirinya yang mendakwa dia dan kumpulan pelakor Indonesia yang lain bersiap sedia untuk melancarkan serangan melawan tentera Israel.

“Saya dan pelakor wanita lain bersiap sedia untuk dihantar ke Israel bagi menghancurkan rumah tangga mereka,” tulis wanita berkenaan pada video tersebut.

Hantaran video itu menerima pelbagai komen daripada netizen dengan ramai yang mengecam tindakan wanita tersebut.

“Jadi pelakor pun nak bangga. Tidak perlu sibuk-sibuk kerana tentera Israel pun belum tentu mahu wanita seperti anda,” tulis seorang pengguna.

“Saya menahan ketawa. Di sana (Israel), ada ramai lagi perempuan tanpa solekan tebal yang cukup cantik,” tulis seorang lagi pengguna. – AGENSI

Wanita mahu ‘serang’ Israel dengan cara hancurkan rumah tangga tentera zionis


  Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET

[VIDEO] 30 Bomoh Indonesia Dakwa Hantar Santau, Roket Ghaib Serang Israel

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker