Mayat terapung di Sungai Kinta dipercayai dibunuh

IPOH – Mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Kinta di sini pada Rabu dipercayai mangsa bunuh.

Dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu, mayat mangsa warga tempatan berusia 40 tahun ditemukan orang awam yang kemudiannya bertindak mengikat tangan kepada sebatang kayu bagi mengelakkannya terus hanyut sebelum melaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abd Aziz berkata, mangsa ditemui hanya memakai seluar selain keadaan muka dan bahu hingga lengan tangan kiri hancur.

“Siasatan awal mendapati mayat dalam keadaan mula mereput dengan beberapa kesan tatu disyaki lambang kumpulan kongsi gelap O8 dan labah-labah pada badannya.

“Pihak patologi mengesahkan kesan kecederaan di seluruh badan mangsa disyaki digigit atau dimakan oleh haiwan. Mangsa dianggarkan mati antara dua hingga tiga hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Tak hadir mesyuarat, mana adab Muhyiddin dengan Sultan Johor

Menurut beliau, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan tisu lembut oleh objek tumpul.

“Terdapat juga luka lebam akibat pergelutan atau luka mempertahankan diri pada tangan kanan selain banyak luka lebam di keseluruhan badan.

“Jenis senjata yang berkemungkinan digunakan adalah objek yang tumpul seperti penumbuk, kayu atau rotan,” katanya.

A Asmadi berkata, siasatan lanjut yang dijalankan mendapati teman wanita mangsa ada membuat laporan polis Isnin lalu selepas menyaksikan mangsa diikat dan dipukul tiga individu lain.

“Dalam kejadian itu, teman wanita mangsa telah dihalau balik dan itulah kali terakhir dia melihat mangsa. Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu culik.

“Susulan itu, empat lelaki berusia 37 hingga 26 tahun telah ditahan. Soal siasat awal dipercayai suspek ada terlibat dalam kes bunuh ini,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut dan reman akan dipohon untuk mulakan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Menteri Umno wajar tarik diri segera demi Malaysia – Isham

 

Mayat terapung di Sungai Kinta dipercayai dibunuh

 


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Vaksin Covid-19: Contohi AS, UK turunkan kes melalui pemberian meluas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker