Erma Fatima selar tindakan orang awam pergi mall ‘Macam Sakai’


SUTRADARA dan pelakon terkenal, Erma Fatima kesal dengan sikap sesetengah masyarakat yang mengambil remeh arahan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Pengarah Covid Oh Covid itu memberi maklum balas kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berhubung kelonggaran berada di pusat beli-belah selama dua jam.

“Kerajaan bagi buka ‘mall’ (pusat beli-belah), kedai dan pasar malam sebab nak jaga ekonomi kita…ekonomi peniaga kecil.

“Mereka (peniaga) bergantung pendapatan pada perniagaan. Tapi kita macam beruk dapat bunga. Yak-yah yeah angkut satu keluarga anak kecil pun dibawanya pergi membeli-belah sakan macam tak pernah jumpa ‘mall’.

“Macam ‘sakai kelompang’…tak fikir langsung risiko boleh kena Covid-19 kan.

“Jom! guna otak untuk hargai nyawa yang Allah bagi pada kita. Bayangkan Allah tarik nikmat bernafas yang ada pada kita ketika ini,” katanya.

Luahan yang dibuat menerusi Instagram miliknya itu turut mendapat sokongan rakan artis dan pengikutnya.

Rata-rata bersetuju dengan teguran padu yang dilakukan oleh Erma dan berharap rakyat Malaysia tidak terus meletakkan kesalahan kepada kerajaan jika angka kes Covid-19 menunjukkan peningkatan biarpun pelbagai langkah pencegahan sudah dilakukan. Utv

 

Berenang dengan ‘buaya’ – atlet imbau gangguan seksual jurulatih

“Macam sakai…” -Erma Fatima selar tindakan orang awam pergi ‘mall’


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

Ogy, Erma bergaduh lagi? Apa kes…?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker