Wanita menyusu bayi boleh disuntik vaksin AstraZeneca

Wanita mengandung dan menyusukan anak boleh mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), bagi vaksin Pfizer, ia boleh diambil bagi ibu mengandung dengan usia kandungannya antara 14 hingga 33 minggu.

Katanya, pengambilan suntikan vaksin tersebut juga boleh ditangguhkan sehingga selepas seseorang wanita melahirkan anak, manakala ibu menyusukan anak boleh mengambilnya.

“Bagi vaksin AstraZeneca pula, wanita mengandung tidak digalakkan untuk mengambil suntikan tersebut ketika ini namun ibu menyusukan anak boleh mengambilnya,” katanya.

Sementara itu, bagi vaksin Sinovac pula, wanita mengandung juga tidak digalakkan mengambilnya ketika ini manakala tiada maklumat mencukupi mengenai tahap keselamatan pengambil vaksin berkenaan bagi ibu menyusukan anak.

“Pengesyoran akan dibuat selepas konsultasi,” katanya.

JKJAV berkata, orang ramai dinasihati mendapatkan konsultasi daripada doktor untuk maklumat lanjut atau sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan.

“Kemas kini maklumat berkenaan kesesuaian pengambilan vaksin bagi wanita mengandung dan menyusukan anak akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.vaksincovid.gov.my. – K! ONLINE

‘Hanya vaksin Pfizer-BioNTech sesuai untuk ibu mengandung’ – KJ

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker