Menteri Umno wajar tarik diri segera demi Malaysia – Isham

Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil, hari ini menyarankan supaya menteri dan timbalan menteri dari Umno segera menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, langkah itu wajar supaya dasar-dasar dan keputusan kerajaan sedia ada dapat ditukar kepada yang lebih baik terutama ketika prestasi Malaysia menangani krisis Covid-19 semakin merosot sehingga lebih membahayakan nyawa rakyat.

“Sebab itu kerajaan hari ini perlu ditukar supaya dasar-dasar dan keputusan kerajaan juga boleh ditukar.



“Salah satu cara untuk melaksanakan perkara ini ialah dengan ahli-ahli parlimen terutama menteri-menteri Umno menarik diri daripada kerajaan PN.

“Dengan ini kerajaan dan kabinet baru boleh dibentuk mengikut undang-undang sama ada melalui pilihan raya atau melalui kerajaan sementara sehingga wabak Covid-19 reda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jangan halalkan Jajaran Baru Bersama DAP



Ketika ini ada 10 ahli parlimen Umno yang menyertai kabinet Muhyiddin, termasuk seorang naib presidennya, Ismail Sabri Yaakob, yang dilantik sebagai menteri kanan.

Turut dilantik dalam kabinet itu ialah Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad, selain Khairy Jamaluddin, Annuar Musa, Hishammuddin Hussein, Dr Adham Baba, Halimah Sadique, Reezal Merican Naina Merican, Shamsul Anuar Nasarah dan Dr Abdul Latiff Ahmad.

Selain itu antara ahli parlimen Umno yang diberikan jawatan timbalan menteri pula ialah Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar) dan Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar).

Menurut Isham selagi pemimpin Umno berada dalam kerajaan PN, mereka tidak dapat menentukan dasar dan menjadi seperti “pak turut” kepada dasar yang ditentukan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.



Pada masa sama, dia turut memberi contoh insiden seorang wanita yang membawa ibunya ke pusat vaksin yang sedang tertekan dengan sistem pemberian vaksin sehingga meninggikan suaranya terhadap seorang menteri.

Bukan besi : ‘Klip audio Zahid-Anwar tanda jajaran baru politik’ – Hadi

“Menteri tersebut cuba menenangkan wanita itu namun suara menteri tenggelam dan tidak kedengaran mungkin kerana tergamam. Saya simpati kepada kedua-duanya.



“Walaupun ia adalah satu insiden yang melibatkan seorang wanita, namun insiden ini tidak boleh diambil enteng,” katanya.

Isham menjelaskan apabila kerajaan PN melaksanakan dasar atau keputusan yang salah hingga memudaratkan rakyat, Umno dan menterinya yang perlu menghadapi kemarahan orang ramai.

Sedangkan, katanya Muhyiddin dan menteri-menteri dari Bersatu seperti menyorok di belakang tabir walaupun merekalah yang sebenarnya memacu dasar dan menentukan arah tuju negara.

Katanya, kekecewaan yang ditunjukkan oleh wanita tersebut kemungkinan turut dirasai oleh berjuta rakyat dan ia akan dizahirkan dalam pilihan raya nanti.



“Menteri-menteri memang perlu hadap maklum balas rakyat waima baik atau buruk kerana itu adalah termasuk dalam tugas mereka dan mereka dibayar gaji berpuluh ribu sebulan untuk kerja ini.

“Namun secara tidak langsung akar umbi Umno yang akhirnya terpaksa pikul kerajaan Muhyiddin dan Bersatu ini yang semakin dibenci oleh rakyat, kerana menteri-menteri Umno masih memilih untuk kekal dalam kabinet Muhyiddin,” katanya.

‘Jajaran Baru’ Bersama BN, Kami Tak Kebulor – Penyokong PH



 

Menteri Umno wajar tarik diri segera demi Malaysia – Isham

 


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


‘Memalukan jika jajaran baharu UMNO libatkan PKR, DAP’ – Shahidan Kassim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker