Jangan halalkan Jajaran Baru Bersama DAP

Sebaran :

Jangan halalkan Jajaran Baru Bersama DAP

Jangan halalkan Jajaran Baru Bersama DAP

PETALING JAYA: Kerjasama de­ngan DAP bukan jalan penyele­saian terbaik bagi UMNO untuk kembali berkuasa.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, meskipun beliau bukan ahli parti itu lagi, namun, jelasnya, kerjasama tersebut tidak patut ‘dihalalkan’ semata-mata ingin mengejar kuasa yang kini berada di tangan Perikatan Nasional (PN).

“Saya memang tak bersetuju masukkan DAP untuk bekerjasama. Tak boleh terima jika itu yang UMNO ingin lakukan.

“Saya bukan ahli UMNO tetapi sebagai penyokong kuat UMNO, kalau nak bekerjasama dengan DAP itu bukan caranya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tunku Aziz sebelum ini mendakwa, DAP menggunakan pemerintahan kuku besi dan diktator yang menjadikan faktor semakin ramai ahlinya meninggalkan parti.

Justeru, tegas beliau, ker­jasama dua parti tersebut di­lihat tidak sesuai kerana bim­bang dengan cengkaman DAP terhadap UMNO jika kerjasama yang terjalin.

Kak Siti Ayam Penyet terima notis MBJB henti niaga

Kerjasama UMNO dan DAP

Dalam pada itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, kerjasama UMNO dan DAP bukan perkara baharu untuk dibincangkan, namun ia tidak pernah tercapai sehingga hari ini.

“Perkara ini sudah berlanjutan bertahun-tahun, bukan perkara baharu lagi pada saya, pergi tanya DAP sendiri, saya sudah tidak terlibat,” katanya ringkas.

Memetik laporan Utusan Malaysia pada 7 September 2020, Seng Giaw pernah berkata, kini ramai yang patuh dengan arahan kepimpinan ter­tinggi supaya karakternya dalam politik tidak dibunuh.

Maka kerjasama antara ke­dua-dua parti itu mungkin memerlukan UMNO ‘tunduk’ pada permintaan DAP supaya kerjasama itu boleh diadakan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan mengenai pembentukan jajaran atau gabungan politik baharu yang dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pertikai isu Palestin, ADUN DAP – intelek rendah?

Beliau juga memberi bayangan bahawa ada usaha ke arah itu yang melibatkan gabungan bersama PKR dan DAP selepas mempertimbangkan kesesuaian dinamik politik negara yang sentiasa berubah atau mengikut perubahan semasa.

Mengukuhkan fakta tersebut, UMNO dilihat seolah-olah mula merangka program bersama DAP apabila Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad menziarahi seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menghidapi kanser tahap empat bersama ahli Parlimen DAP Bangi, Ong Kian Ming.

Perkara itu menimbulkan persoalan dalam kalangan akar umbi UMNO kerana pada Perhimpunan Agung UMNO lalu, parti itu membuat pendirian jelas untuk bertanding solo pada PRU nanti dan tidak akan be­kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga DAP. – UTUSAN

Jangan halalkan Jajaran Baru Bersama DAP

Najib marah dikencing Peter Anthony


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

 


Mengapa kasino Genting dibuka tapi restoran ditutup, tanya wakil rakyat


Sebaran :

Leave a Reply