1MDB: Mahkamah Tinggi tolak permohonan kerajaan



1MDB: Mahkamah Tinggi tolak permohonan kerajaan lucut hak dana, aset RM114 juta dirampas dari Pavillion Residences

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan kerajaan Persekutuan untuk melucut hak wang RM114 juta dipercayai milik 1MDB.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin ketika menyampaikan keputusannya berkata, Pejabat Peguam Negara gagal membuktikan kebarangkalian kemungkinan wang itu dari 1MDB.

Tambahnya lagi, pihak pendakwaan juga gagal membuktikan wang berkenaan datang daripada hasil aktiviti pecah amanah jenayah (CBT).

Kerajaan Persekutuan sebelum ini membuat permohonan untuk melucutkan hak RM114,164,393.44 dalam bentuk wang dan aset barangan kemas serta beg tangan mewah, yang disita dari sebuah kondominium mewah Pavillion Residences milik OBYU Holdings Sdn Bhd pada 2018.

Serbuan dan rampasan itu dibuat kerana kerajaan Persekutuan percaya aset dan wang tersebut mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Untuk rekod, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor serta UMNO merupakan antara parti ketiga yang cuba menghalang permohonan tersebut.-Awani




BERITA LANJUT MENYUSUL

1MDB: Mahkamah Tinggi tolak permohonan kerajaan lucut hak dana, aset RM114 juta dirampas dari Pavillion Residences


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Najib marah dikencing Peter Anthony



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: