Resepi Briyani Udang Edisi Aidilfitri Ke-3

Sebaran :

Resepi Briyani Udang Edisi Aidilfitri Ke-3

Resepi Briyani Udang Edisi Aidilfitri Ke-3

Bahan2 rebus nasi👇

5 pot beras
1 bunga lawang*
2 bunga cengkih*
2 buah pelaga*
1/2sk jintan manis*
1/2sk jintan halus*
3 helai daun pandan*
1 btg kayu manis*
3 helai daun bay*

Bahan2 Kuah Briyani👇

4 ulas bwg putih (tumbuk)
2 inci halia (tumbuk)
1 biji bwg besar (mayang)
15 biji bwg kecil (mayang)
5 btg lada hijau (ptg bulat)
2 biji tomato (ptg dadu)
1kg udang
3sb rempah briyani
daun pudina
daun ketumbar
2 bunga cengkih
1 bunga lawang
3 buah pelaga
1 btg kayu manis
3sb tairu
1 mangkuk kecil minyak sapi
1/2 tin susu cair
garam secukup rasa
bwg goreng
sedikit gajus

Cara Penyediaan Nasi👇

rebus beras dgn bahan2 bertanda * hingga 3/4 masak toskan kering..tos skli dgn rempah2 ratus

Cara Penyediaan Kuah Briyani👇

panaskan minyak masak campur 7sb minyak sapi tumis rempah 4 sekawan, bwg kecil & bwg besar hingga coklat keperangan letak biji gajus skli goreng bersama bwg
dh keperangan masukkan bwg putih & halia..dah naik bau masukkan tomato & lada hijau..tumis lgi biar tomato benyek & keluar air
masuk rempah briyani..rempah dh mula pecah minyak masuk tairu, hirisan daun ketumbar & pudina..tumis lgi biar layu bahan2 ni
perasakan dgn garam masukkn udang & tambah sedikit air biarkan udang 3/4 masak dah siap alihkan kuah briyani dlm stu mangkuk

Cara penyediaan Nasi Briyani Udang👇

Dalam kuali yg sama lapisan pertama masukkn 1/2 bhgian nasi yg dh direbus..lapisan kedua letak kuah briyani susun udang disekeliling atas nasi & lapisan ketiga masukkn baki 1/2 bhgian nasi tutup permukaan udang2 tu
akhir skli tabur bwg goreng , tuang susu cair kmudian letak bbrp sudu minyak sapi disekeliling atas nasi
tabur bbrp tangkai daun pudina masak skjp dlm 15 min guna api sederhana
Minit ke 10 buka penutup kuali titiskan sedikit pewarna oren & sambung masak lgi 5 min..dah siap kluarkan daun2 pudina yg ditabur tdi & gembur2kan nasi (cara mengembur agar nasi tak patah boleh rujuk video)..sedia dihidang panas2 bersama acar mayonis & papadom🤗
TIPS HASILKAN NASI BRIYANI YANG CANTIK BERDERAI,LEMBUT, PANJANG2 & WANGI BOLEH TENGOK TUTORIAL VIDEO DIBWH👇
kredit resepi: Nurul Jannah
#resepibriyaniudang
#briyaniudangmudahsedap
#tipsbriyanicantikberderailembutdanwangi

Kerabu Kaki Ayam Thai Lembut Sangat

 


Sebaran :

Leave a Reply