Resepi Kek Marble Lembap

Resepi Kek Marble Lembap
Resepi Kek Marble Lembap

Masa Penyediaan: 20 minit,
Masa Memasak:45 minit,
Jumlah Hidangan:4

Resepi Kek Marble yang harus dicuba, kek yang sangat-sangat sedap kerana mempunyai rasa lemak yang ‘rich’ dengan kombinasi butter, krim masam dan coklat.

Anda harus menggunakan premium unsalted butter dan coklat yang berkualiti tinggi, pasti akan puas hati dengan rasanya.

Bahan-Bahan:

  • 190g / 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 113.4g/ 1/2 cawan unsalted butter
  • 225g/ 1 cawan gula kastor
  • 161.2g/ 2/3 cawan krim masam atau sour cream
  • 2 biji telur saiz A, pada suhu bilik
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 2 sudu kecil serbuk koko
  • 80g ketulan coklat masakan

Cara Penyediaan:

  1. Putar butter dan gula sehingga kembang dan putih, kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit. Pastikan telur dikacau sedikit sebelum dimasukkan ke dalam mixer.
  2. Masukkan esen vanila, sour cream dan putar sehingga sebati.
  3. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan garam. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Paslikan dikacau dalam kelajuan perlahan.
  4. Asingkan 1/3 adunan untuk dimasukkan coklat. Ayak serbuk koko dan coklat bar yang telah dicairkan menggunakan kaedah double boiler. Kacau sebati.
  5. Gunakan tin kek panjang berukuran 8″, griskan dengan butter. Tuang adunan vanilla dan coklat berselang seli, kemudian gunakan lidi atau pemengang sudu untuk membuat bentuk swirl.
  6. Hentakkan tin adunan beberapa kali supaya tiada udara terperangkap.
  7. Bakar pada oven bersuhu 160 darjah C selama 40-45 minit.
  8. Angkat dan biarkan selama 1/2 jam di dalam tin kek sebelum dikeluarkan di atas rak penyejuk.

Tips:

Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi. Jika lidi bersih apabila ditarik keluar itu menunjukkan kek telah masak.

Resepi Che Nom 

Resepi Kek Marble Lembap


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Resepi Kek Oren Lembap dan Lembut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker