Mangsa rogol dakwa diugut tarik balik laporan

Sebaran :

Mangsa rogol dakwa diugut tarik balik laporan

Mangsa rogol dakwa diugut tarik balik laporan. Seorang wanita yang mendakwa dirinya dirogol dua kenalan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muhammad Hilman Idham memberi keterangan hampir dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield, di sini, hari ini.

Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi memberitahu anak guamnya yang berusia 34 tahun itu dipanggil berhubung laporan polis dirinya diugut oleh tiga individu supaya menarik balik laporan yang dibuatnya pada 5 Disember 2020.

Wanita dirogol rakan Hilman Idham

“Hari ini siasatan di IPD Brickfield berkisar tentang intimidasi untuk menarik balik laporan pertama pada 5 Disember 2020 dan juga penyebaran rakaman video litar tertutup (CCTV) di media sosial, awal Mei ini.



“Anak guam saya telah meminta pihak polis menyiasat bagaimana CCTV yang sepatutnya menjadi salah satu bukti dalam siasatan polis disebarkan.

“Anak guam saya telah memberi kerjasama yang baik jadi kami harap polis dapat mempercepatkan siasatan,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan IPD Brickfield, hari ini.

Terdahulu wanita itu yang berpakaian berwarna krim hadir bersama peguamnya di IPD Brickfield kira-kira jam 10.22 pagi tadi.

Bagaimanapun mereka kelihatan mula beredar dari IPD Brickfield kira-kira jam 1 tengah hari tadi.


Dalam pada itu, Asheeq Ali juga memberitahu laporan polis kedua yang dibuat anak guamnya itu bertujuan untuk keselamatan selepas menerima pelbagai ugutan dan ancaman keselamatan.

Viral video lelaki dipercayai ADUN peluk wanita masuk bilik hotel

“Kami telah menyerahkan semua bukti tentang cubaan mengugut anak guam saya sama ada dalam bentuk panggilan telefon, mesej aplikasi WhatsApp mahupun ugutan secara bersemuka.

“Tiga orang telah beri tekanan kepada anak guam saya untuk tarik balik laporan polis terhadap mereka pada tahun lepas,” jelasnya.

Pada 5 Disember, wanita berkenan dalam laporan polis awal mendakwa Muhammad Hilman menjemputnya ke sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk meraikan ulang tahun kelahirannya pada 4 Disember 2020 bersama kenalan rapatnya dan dua rakan wanita lain.

Selepas makan malam, wanita itu mengatakan bahawa mereka semua berkaraoke dan mengambil minuman alkohol dan mabuk.

Seorang rakan mangsa mengatakan ketua bahagian parti Perikatan Nasional itu menyertai mereka ketika mereka masih di bilik karaoke.

Mangsa mendakwa dia mempunyai ingatan samar-samar tentang apa yang berlaku setelah aktiviti karaoke dengan merasakan Hilman menolongnya untuk berjalan.

Ingatan terakhirnya sebelum tidak sedarkan diri adalah wajah kenalan Muhammad Hilman di atasnya.

Menurut laporan polis itu, dia bangun kemudian pada pukul 4 pagi pada 5 Disember di bilik hotel seorang diri.

Dia juga mendapati dirinya tidak memakai pakaian dan berasa dia telah dirogol dan kemudian menemui kondom di bilik mandi.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sebelum ini, satu rakaman video tular di laman sosial yang mendakwa Hilman menolong seorang wanita dalam keadaan mabuk berjalan dipercayai pada malam kejadian.

Pada 3 Mei lalu, Hilman selaku setiausaha politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan surat yang didakwa ditulisnya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai video itu palsu. –MG


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Adun Gombak Setia ‘rancang’ insiden rogol?


Sebaran :

Leave a Reply