Viral video lelaki dipercayai ADUN peluk wanita masuk bilik hotel


PERSAINGAN politik di Malaysia menyebabkan pelbagai video atau audio dikeluarkan pihak lawan bagi membuktikan tingkah laku seseorang ahli politik.

Ada video seks lelaki bersama wanita, lelaki bersama lelaki dan terkini seorang ahli politik pula didedahkan mempunyai hubungan intim dengan wanita sehingga mereka masuk ke bilik hotel.

Video seorang individu dipercayai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu menunjukkan pemimpin tersebut sedang memasuki bilik hotel bersama seorang wanita yang dirakam oleh CCTV dipercayai sebuah hotel.

Video berdurasi enam saat itu menunjukkan individu berkenaan dipeluk seorang wanita dan diikuti rapat dua wanita lain.

Wanita itu dipercayai dalam keadaan mabuk memaut bahu lelaki berkenaan untuk ke bilik hotel.

Memetik MalaysiaGazette, lelaki dalam video itu mirip seorang ADUN yang kini bersama kerajaan.

Video yang direkodkan pada Mei tahun lalu melalui kamera litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik pengguna Facebook.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker