Resepi Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur

Sebaran :

Resepi Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur. Kita kalau berbuka memang suka makan kuih yang basah basah. Antara yang faveret ialah puding dan agar agar. Walaupun menggunakan gula hangus tapi puding ini masih dikira kategori agar agar kerana menggunakan agar agar sebagai bahan utama.

Rasanya bila dikunyah pun seperti agar agar. Jadi saya panggil ianya sebagai puding agar agar karamel. Kalau puding karamel biasa, kita tidak meletak agar agar di dalam adunannya. Itulah perbezaannya.

Puding ini sangat sedap dimakan sejuk sejuk. Ianya boleh tahan lama, boleh dimakan berulang ulang untuk beberapa hari.

Jom layan resepi di bawah ini.

RESEPI Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur

Bahan gula hangus:

¼ cawan gula pasir
3 sudu besar air

Bahan puding:

10 gram serbuk agar agar
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat manis
4 cawan air
¾ cawan gula pasir
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Cara cara:

Panaskan gula dan air dalam kuali atas api perlahan sehingga keperangan, kemudian baru kacau sekata. Tuang air gula hangus dalam loyang saiz 8 inci dan ketepikan.

Satukan semua bahan puding dan kacau di atas api sederhana menggunakan whisk sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Tuang ke dalam loyang berisi gula karamel. Sejukkan sebelum dimasukkan dalam peti. Sedia untuk dinikmati.

Azie Kitchen

Puding Agar Agar Karamel


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Resepi Kuih Talam Keladi Berlauk


Sebaran :

Leave a Reply