Jambatan Kaca Rosak Dilanda Hujan Batu, Pelancong Terkandas

CHANGCHUN: Sebuah jambatan kaca di China rosak teruk apabila dilanda angin kuat yang membawa bersama hujan batu.

Insiden telah menyebabkan seorang pelancong terkandas di atas jambatan tersebut yang terletak di sebuah resort di wilayah Jilin di timur laut China.

Pelancong itu bagaimanapun berjaya diselamatkan setelah dia merangkak ke tebing jambatan dengan bantuan anggota bomba, polis, perhutanan dan pekerja pelancongan.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan menerima kaunseling psikologi.

Insiden itu telah menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai tahap keselamatan jambatan kaca yang jumlahnya semakin meningkat di negara itu.



“Inilah sebabnya mengapa saya tidak berani menginjak kaki ke atas jambatan seperti itu,” tulis seorang netizen yang menggelarkan dirinya Wadetian.

“Berapa kerapkah jambatan itu dibuat penyelenggaraan?” tanya netizen lain.

Jambatan kaca merupakan tarikan yang semakin popular di resort pergunungan di China.

Menurut majalah Earth yang diterbitkan oleh Geological Museum of China, sekurang-kurangnya 60 jambatan jenis itu telah atau sedang dibina di seluruh negara pada tahun 2016.



Jambatan Ruyi ‘terlalu gila’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker