Banjir kilat Eropah ragut 70 nyawa

Banjir kilat Eropah ragut 70 nyawa

BERLIN, JERMAN – Sekurang-kurangnya 70 penduduk terkorban manakala 1,300 dikhuatiri hilang selepas hujan lebat membadai barat Eropah dan mengakibatkan banjir besar melanda Jerman, Belanda dan Belgium, lapor akhbar The Sun hari ini.

Menurut pihak berkuasa negeri Rhineland-Palatinate, ribut luar biasa telah menyebabkan hujan turun sebanyak 148 liter bagi setiap meter persegi dalam tempoh 48 jam di barat Jerman, yang kebiasaannya menerima taburan hujan kira-kira 80 liter setiap meter persegi pada bulan Julai.

“Ini bukanlah hujan lebat dan banjir semata-mata, sebaliknya ia merupakan satu bencana,” ujar Canselor Jerman, Angela Merkel dalam satu sidang akhbar.

Selain itu, banjir turut menenggelamkan beberapa bandar di Belgium, Luxemburg dan Belanda, selain beberapa wilayah di Switzerland, Perancis dan Republik Czech turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Kebimbangan kini meningkat terhadap penduduk yang masih hilang susulan keadaan hujan lebat yang menyukarkan kerja-kerja mencari dan menyelamat.

Keadaan cuaca buruk itu telah mengakibatkan ribuan penduduk di barat Eropah terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing selepas banyak kediaman runtuh dan kenderaan dihanyutkan air banjir.

Sementara itu, menurut laporan media Belgium, VRT NWS, puluhan kediaman di Pepinster, sebuah pekan kecil di wilayah Liege telah musnah ditenggelami air dari limpahan Sungai Vesdre.

“Perkhidmatan kecemasan menyuruh kami untuk tidak menunggu sehingga pagi esok (waktu tempatan) dan keluar dari rumah secepat mungkin. Rumah kami ditenggelami air,” kata seorang penduduk.

Dalam pada itu, petugas keselamatan Belanda turut memindahkan ratusan keluarga di wilayah Limburg, Maastricht dan beberapa kawasan lain susulan banjir yang turut menenggelamkan sebahagian besar kediaman. K Online

Banjir kilat Eropah ragut 70 nyawa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki tumbuk polis, conteng istana maut kemalangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker