Resepi Mee Suah Chinese Style Paling Mudah & Sedap

Sebaran :

Resepi Mee Suah Chinese Style Paling Mudah & Sedap. Salam Ramadan semua, kali ni kita menu dari kaum Tiong Hua pula.. Ramai suka makan Mee Suahkan? Terutama kali kalau tengah demam dan nak membangkitkan selera makan. Sekali bau terus segar 🙂
Bahan-bahanya adalah:

2 paket mee suah
3 ulas bwg putih (ketuk)
1/2 inci halia (ketuk)
1 biji tomato
1 1/2 kiub pati ayam
1/2 btg lobak merah
1sk lada sulah
2sb minyak bijan
1sb sos tiram
1sb tepung jagung
1 biji telur
fishcake
udang,kaki ayam & sotong saiz besar
hirisan daun bwg
bwg goreng

Cara Penyediaan👇



tumis bawang putih dgn minyak bijan, Bila sudah  keperangan dan naik bau masukan  halia & air terpulang sebanyak mana  kuah sup yang di perlukan. Masukan  kiub pati ayam.

Bila Air sudah panas masukan kepala udang, rebus sebentar dan keluarkan dan buang kepala udang. Rebus pula udang & sotong tos & ketepikan dlu

masukkn lobak merah, lada sulah, sos tiram & fishcake biarkan masak skjp..tuangkan bancuhan tepung jagung



kuah dh pekat sikit masukkn telur kemudian tomato, perasa dgn secubit garam..akhir masuk udang sotong yg dh rebus tadi.

tabur bawang goreng & hirisan daun bawang. Celup mee suah sampai lembut dan  siram  kuah sup atas mee & sedia dinikmati panas2🤗

TIPS UDANG & SOTONG KEKAL FRESH TAK OVERCOOKED SERTA PETUA DPTKAN TELUR CANTIK BERTALI BOLEH RUJUK VIDEO👇

 

kredit resepi: Nurul Jannah

Resepi Mee Suah


Baca Artikel Menarik


Sup Tulang Merah Gearbox Kambing Ala Thai Padu Teruk

 


Sebaran :

Leave a Reply