Sup Tulang Merah Gearbox Kambing Ala Thai Padu Teruk

Sebaran :

Masih mencari resepi untuk hidangan keluarga waktu berbuka. Jangan risau musim PKP ni lebih selamat jika masak sendiri. Disini kami kongsikan resepi Sup Tulang Merah Gearbox Kambing Ala Thai Padu Teruk dari Ummi AtiyahAtif’s Kitchen
Bahan – bahan👇
4 ulas bwg putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
3 biji bwg besar (mayang halus)
5 biji bwg kecil (mayang halus)
20 helai daun pandan
3 btg akar ketumbar
2 kiub pati lembu
1 btg serai (ketuk)
2 helai daun bay
4 btg lada hijau
7-10 btg cili kering (kisar halus)
1 tin kecil tomato puri
4sb sos tomato
2 biji tomato (dadu)
2-3sb minyak sapi
1 paket sup bunjut tulang
gula melaka
1 ikat daun ketumbar
pewarna merah
2sb rempah briyani
air secukupnya
Cara Penyediaan👇
Dalam pressure cooker rebus gearbox kambing dgn air yg mencukupi, sup bunjut tulang,akar ketumbar,daun pandan,halia,daun bay & pewarna merah secukupnya..dh siap rebus ketepikan dlu
tumis bwg besar & kecil dgn minyak sapi hingga keperangan kmudian masuk halia & serai tumis hingga naik bau
masukkan rempah briyani tumis hingga pecah minyak kemudian masukkn lada hijau & tomato
campak 2 kiub pati lembu, masukkan lada kisar tumis lgi hingga pecah minyak masukkan sedikit gula melaka ttp tudung kuali & biarkan gula larut
tabur daun ketumbar, masukkan pula tomato puri,sos tomato & air rebusan bserta gearbox kambing yg dh direbus tdi..gaul sebati & biarkan kuah sup pekat sedikit
perasakan dgn secubit garam kuah dh pekat sikit boleh ttp api & sedia dihidang bersama roti perancis🤗
TIPS KAMBING TAK HANYIR & RAHSIA SUP TULANG MERAH PADU & MERECIK BOLEH RUJUK TUTORIAL NI👇
kredit resepi: Nurul Jannah

Sebaran :

Leave a Reply