Biodata Artis Reen Rahim



Sebaran :

Biodata Artis Reen Rahim

Biodata Artis Reen Rahim. Berikut adalah Latar Belakang dan Profail Reen Rahim atau nama penuhnya Noreen Ashikin binti Abdul Rahim lahir pada 3 November 1988. Dia merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mempunyai diploma di dalam bidang Dandanan Rambut. Kerjayanya berkembang selepas ia menjuarai pentas Pilih Kasih musim ketiga.

Reen dilahirkan pada 3 November 1988 di Klang, Selangor. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Reen Rahim memulakan kerjaya awalnya sebagai pendandan rambut.



Pada awal 2012, beliau menjuarai rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim ketiga terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).[3] Lakonan TV pertamanya ialah menerusi watak Elia dalam drama Aku Tak Percaya Cinta yang disiarkan di TV3. Reen memegang watak Amy, rakan karib Tasha lakonan Puteri Sarah Liyana dalam Evolusi KL Drift: The Series di TV2.

Kerjaya filem beliau termasuk peranan dalam filem aksi komedi, Gangster Celop arahan Ahmad Idham lakonan Syamsul Yusof dan Kamal Adli, Mawar Putih arahan Rosnani Jamil dan Soulmate Hingga Jannah arahan A. Razak Mohaideen. Reen memegang watak tajuk dalam drama Sahara yang disiarkan di Astro Prima, pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu.

Peranannya di dalam telefilem termasuk Talak, Romantika Bulan Madu, Aku Bukan Hijabista, Calon Suami dan Kaki Kipas.



KERJAYA

Reen dilaporkan akan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi, biarpun beliau lebih dikenali sebagai pelakon.[4] Beliau bergandingan di samping aktres Nabila Huda menerusi filem Rempit Sampai Langit yang ditayangkan pada 23 November 2017.

Beliau digandingkan bersama Pekin Ibrahim dalam telefilem Perahu Kecil yang bersiaran di TV1 pada 29 September 2018.

Sekitar 2016, Reen sebelum ini pernah menjain hubungan dengan pelakon Mustaqim Bahadon ketika sama-sama berlakon dalam drama bersiri HidayahMu Ramadan. Pada pertengahan 2018, beliau dilaporkan menjalin hubungan cinta jarak jauh dengan seorang pemuda yang menetap di Scotland, dan sudah berkenalan selama setahun.



Reen memberikan respons mengenai penampilan seksinya ketika bercuti di pulau peranginan, dalam satu temuramah bersama Harian Metro: “Saya sedia terima teguran dan kritikan daripada warganet kerana tidak boleh halang mereka untuk berbuat demikian.”. Beliau sebelum ini dikatakan bercuti di Pulau Langkawi tampil berani memuat naik beberapa gambar solonya dalam percutian itu yang terlalu seksi. Reen memutuskan untuk menutup ruangan komen di Instagram (IG) kerana “malas nak layan komen yang tidak sepatutnya”.

Biodata Artis Reen Rahim

Reen Rahim
Kelahiran
Noreen Ashikin binti Abdul Rahim

3 November 1988 (umur 32)

Klang, Selangor, Malaysia
Pekerjaan Pelakon, model, pendandan rambut
Tahun aktif 2012–kini
Televisyen Pilih Kasih (musim 3)

FOTO

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT




REEN RAHIM KESEORANGAN DALAM KUARANTIN [VIDEO]


Sebaran :


Leave a Reply