Resepi Mee Kari Udang Special

Sebaran :


Resepi Mee Kari Udang Special

Masa Penyediaan: 30 minit,
Masa Memasak:30 minit,
Jumlah Hidangan:7-8 orang

Resepi Mee Kari Special yang menggabungkan rasa dari ayam dan seafood. Kita gunakan air rebusan udang untuk menyedapkan lagi rasa mee kari ni. Satu lagi rahsia kesedapan mee kari ni ialah kita bancuh rempah kari bersama sedikit serbuk cili supaya dapat memberikan rasa pedas dan tidak muak kepada kuah, dan juga ia memberikan warna kuah yang merah dan menarik.



Untuk seafood, boleh gantikan dengan seafood kegemaran anda seperti ketam.Menu ini sangat sesuai jika dihidangkan untuk hari raya atau juga sebarang majlis keramaian.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk kisar halus:



4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 batang serai, hiris nipis
2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut

Bahan-bahan untuk bancuhan pes rempah:

4 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk cili
sedikit air



Bahan-bahan untuk rempah tumis:

1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari

Bahan-bahan untuk kuah :



potongan isi ayam
1 biji kentang, potong dadu
kerang rebus
udang
air rebusan kulit udang
santan cair
fishball
tauhu puff, potong 2
kiub ayam
santan pekat

Bahan-bahan untuk hiasan:

1 bungkus mee kuning
telur rebus
sawi
taugeh
bawang goreng
cili merah dan hijau
limau kasturi
telur rebus



Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk kuah mee kari:

Kisar halus bahan-bahan untuk kisar dan ketepikan.

Bancuh bahan-bahan untuk pes rempah kari. Ketepikan.

Tumis bahan-bahan rempah tumis sehingga naik bau. Masukkan bancuhan pes rempah dan bahan kisar halus.

Masak sehingga rempah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak. Tambah sedikit air beberapa kali dan ulang sehingga rempah pecah minyak supaya untuk pastikan bancuhan rempah kita betul-betul masak.

Masukkan isi ayam, kentang yang didadu, air rebusan kulit udang, santan cair, kiub pati ayam, asam gelugur, fishball, isi kerang rebus, air rebusan kerang, udang, tauhu puff dan santan pekat.

Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara untuk bahan-bahan hiasan:

Celur sawi dalam air panas. Angkat dan terus masukkan ke dalm air sejuk supaya warna daun kekal hijau segar.

Celur pula taugeh

Sediakan bawang goreng, telur rebus,, hirisan cili merah.

Potong limau kasturi.

Celur mee kuning dan bilas dengan air.

Gaulkan dengan sedikit minyak zaitun supaya mee tak melekat bila kita nak hidangkan nanti.

Tips:

Boleh juga masukkan fish cake jika anda suka.

Pes bancuhan rempah haruslah dimasak dengan sempurna supaya kuah kita tahan lama dan sedap rasanya.

Kalau anda gunakan santan kotak, gunakan dalam anggran 2 kotak 250ml santan.

Resepi Che Nom

Resepi Mee Kari Udang Special


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Resepi Mee Bandung Sempoi


Sebaran :

Leave a Reply