Resepi Mee Bandung Sempoi


Resepi Mee Bandung Sempoi

Masa Penyediaan: 20 minit,
Masa Memasak:20-25 minit,
Jumlah Hidangan:4-5 orang

Hi Semua, kali ni kita nak share resepi mee bandung yang mudah. Memang biasa ada dijual di sesetengah restoran. Cara masak mee bandung ni berbeza, tak sama ye dengan mee bandung muar. Resepi ni lebih kepada one pot meal, maksudnya kita masuk semua sekali, kalau nak makan ramai-ramai dengan family atau kawan-kawan. Memang sesuai sangat. Nota: Bilangan telur pecahkan ke dalam kuah mengikut jumlah orang makan

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk tumbuk kasar:

2 sudu besar udang kering
1-2 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih

Bahan-bahan untuk lain-lain:

sedikit minyak
4-5 biji bawang merah kecil (untuk homemade bawang goreng)
2 ketul tauhu
2-3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
100g isi ayam
sedikit serbuk lada sulah
Anggaran 1 liter air
1 ikat sayur sawi
½ batang lobak merah
½ ketul kiub ayam
1 biji tomato
8-10 ekor udang
garam, secukup rasa
sedikit lada sulah (tambahan)
sedikit gula
1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
4 tangkai cili padi
4 biji telur

Bahan-bahan untuk hiasan/condiments:

daun bawang
cili merah
limau nipis

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk kuah mee bandung:

Potong tomato, lobak merah, sawi yang dibahagikan batang dan daunnya.

Hiris nipis isi ayam.

Panaskan minyak dan goreng bawang yang telah digaulkan dengan sedikit garam.

Kerapkan mengacau bawang lalu angkat dan toskan minyak selepas ia sudah keperangan.

Kemudian, goreng tauhu sehingga keperangan dan goreng pula udang separuh masak lalu angkat.

Tumis bahan tumbuk kasar sehingga keperangan dan naik bau.

Selepas sudah garing, masukkan cili kisar dan sambung menumis selama anggaran 5 minit.

Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, hirisan isi ayam, dan serbuk lada sulah. Gaul kesemuanya dan sehingga isi ayam masak.

Masukkan air, batang sawi, hirisan lobak merah dan renehkan kuah sebentar.

Masukkan kiub ayam (pilihan), hirisan tomato, udang, garam secukup rasa, sediikit tambahan lada sulah serta gula.

Bancuh tepung jagung bersama air dan tuangkan kedalam kuah. Tuang sedikit dahulu dan lihat tahap kepekatan kuah yang diingini.

Masukkan cili padi untuk tambah pedas kuah.

Letak 4 biji telur dan daun sawi.

Kemudian, kuah mee bandung siap dimasak.

Rebus mee dan sediakan bahan-bahan hiasan seperti daun bawang, cili merah serta limau nipis.

Selepas itu, mee bandung siap untuk dihidang bersama bahan-bahan hiasan.

Tips:

Jika tidak mahu letakkan udang, ia boleh digantikan dengan sotong.

Jika sudah ada bawang goreng yang dibeli siap, tidak perlu lagi untuk menggoreng bawang bagi langkah ketiga untuk kuah mee bandung.

Ketika memasukkan telur kedalam kuah, elakkan telur daripada dikacau untuk mengelak telur menjadi hancur dan kuantiti telur bergantung kepada beberapa orang makan.

Resepi Che Nom


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Resepi Ayam Ros Viral

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker