Langgar SOP Aidilfitri: EXCO Terengganu didenda RM2,000


KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim dikenakan kompaun RM2,000 kerana menerima tetamu pada pagi Aidilfitri semalam.

Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu dikenakan tindakan kompaun hari ini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkaitan larangan aktiviti ziarah sempena Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad, berkata Dr Azman bersama jirannya dipanggil memberi keterangan selepas kehadiran tetamu itu di kediaman wakil rakyat terbabit tular di Facebook sejak semalam.

Beliau berkata, kedua-duanya hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut kira-kira jam 12 tengah hari tadi dan kompaun RM2,000 setiap seorang dikenakan kerana melanggar SOP ditetapkan.



“Walaupun kita tidak menerima laporan rasmi berhubung kejadian itu namun tindakan diambil berdasarkan pemerhatian dan aduan berasas orang awam di sosial media,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Azman Ibrahim (tengah) menerima surat tawaran kompaun daripada Asisten Superintendan Syed Mohammad selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, hari ini. – Foto ihsan Facebook Dr Azman Ibrahim.
Dr Azman Ibrahim (tengah) menerima surat tawaran kompaun daripada Asisten Superintendan Syed Mohammad selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, hari ini. – Foto ihsan Facebook Dr Azman Ibrahim.
Sebelum ini tular di Facebook menunjukkan kehadiran seorang tetamu di kediaman Dr Azman di Jabi, Besut selepas solat sunat Aidilfitri.

Sementara itu, Dr Azman ketika dihubungi berkata, lelaki terbabit adalah jirannya merangkap kakitangan Pejabat Pusat Khidmat ADUN Jabi .

“Saya akur apabila dikenakan kompaun itu, tiada siapa yang terkecuali daripada dikenakan tindakan jika berlaku pelanggaran SOP dan Insya-Allah, kompaun itu akan dijelaskan di Pejabat Kesihatan Besut pada Ahad ini,” katanya. BH



Hukuman Cuci Tandas Buat Golongan ‘Kayangan’ Yang Langgar SOP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker