Hukuman Cuci Tandas Buat Golongan ‘Kayangan’ Yang Langgar SOP



Sebaran :

Hukuman Cuci Tandas Buat Golongan ‘Kayangan’ Yang Langgar SOP
Hukuman Cuci Tandas Buat Golongan ‘Kayangan’ Yang Langgar SOP.  Baru-baru ini, isu orang kenamaan, artis dan Instafamous yang sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang penularan wabak COVID-19 masih lagi hangat diperkatakan. Mana tidak geramnya hati apabila melihat mereka sengaja mempamerkan momen-momen indah mereka semasa merentas negeri di media sosial.

Berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan golongan ‘kayangan’ itu, Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon tampil mengusulkan cadangan di mana golongan ini wajar dikenakan hukuman melakukan kerja-kerja amal seperti menyapu sampah-sarap di kawasan awam atau membersihkan tandas awam.

“Hukuman ini wajar dilaksanakan untuk memberikan pengajaran di atas kedegilan mereka yang sengaja melanggar SOP. Mereka berduit dan membayar kompaun pastinya bukan satu masalah bagi mereka.



“Jadi, selain dikompaun, mungkin mereka akan serik sekiranya didenda dengan cara melakukan kerja amal khidmat masyarakat,” ujar Michael seperti yang dilaporkan akhbar Harian Metro.

Beliau juga berkata, golongan kayangan telah menunjukkan contoh yang tidak baik setelah segala perbuatan melanggar SOP yang mereka lakukan dimuat naik di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan netizen.

Hukuman Cuci Tandas

“Tolong faham dan peka dengan sensitiviti rakyat biasa. Mereka juga ada keperluan merentas negeri tetapi tidak dapat bertindak sedemikian disebabkan tidak mampu bayar kompaun.



“Pihak berkuasa juga diminta tidak berlembut hati dengan mereka kerana saya rasa tidak perlu wujudnya SOP ‘dua darjat’ yang berbeza untuk golongan ‘kayangan’ dan rakyat biasa,” tegas beliau lagi.

Berharap golongan ‘kayangan’ ini segera sedar dan tepati janji untuk menjadi contoh individu berpengaruh atau Influencer yang terbaik buat para pengikut serta peminat mereka. Vc


Layari Laman FB MyKMU




 

3 Kelebihan Jadi Golongan Kayangan, Popular Dan ‘Kabel Besar’ Dalam Malaysia!


Sebaran :


Leave a Reply