Lagi Isu SOP! Tindakan Nabil Ahmad Tidak Pakai Pelitup Muka Bersama Peminat Pula Dipertikaikan

Isu berkaitan kebenaran rentas negeri dan pemakaian pelitup muka antara yang hangat dibicarkan di media sosial. Boleh dikatakan isu tersebut begitu sensitif sehingga wujud pertikaian ‘double-standard’ yang kononnya diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu.

Nabil Pula Dikecam

Terbaru, selepas selebriti Dato Sri Siti Nurhaliza dan pasangan selebriti Neelofa dan suami,PU Riz terpalit isu berkenaan, ‘giliran’ pengacara Nabil Ahmad pula menjadi kecaman netizen di media sosial. Menerusi sebuah video yang tular di laman Twitter, kelihatan Nabil tidak memakai pelitup muka selain turut memegang bahu beberapa peminat yang mahu mengambil gambar bersamanya.

Malah, pengacara N To N ini juga sempat berbual dengan seorang wanita yang berkerusi roda sekaligus menjadi pertikaian netizen mengenai SOP penjarakan fizikal yang seharusnya dipatuhi oleh Nabil.

Hanya Buka Untuk Bergambar

Bagaimanapun, segelintir daripada mereka mendakwa ia hanya sekadar salah faham kerana hanya di dalam video tersebut sahaja Nabil tidak memakai pelitup muka kerana ingin bergambar dengan peminat.

Malah ada diantara mereka turut akui di dalam video itu jelas kelihatan Nabil memegang pelitup muka dan memakainya sepanjang masa di lokasi berkenaan-Murai

Isu Langgar SOP Majlis Tahnik Anak ..Siti Nurhaliza, Datuk K Minta Maaf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker