MAQIS serah ayam, daging sejuk beku lucut hak kepada Zoo Negara — MYKMU.NET

MAQIS serah ayam, daging sejuk beku lucut hak kepada Zoo Negara



Sebaran :

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyerahkan produk ayam dan daging kerbau sejuk beku yang telah dilucut hak membabitkan kes dari bulan Jan sehingga Mac tahun ini kepada Zoo Negara.

MAQIS dalam kenyataan pada Selasa berkata sumbangan itu melibatkan sembilan tan ayam sejuk beku bernilai kira-kira RM72,000 dan 520 kilogram daging kerbau sejuk beku bernilai RM6,000.

Menurutnya kesemua ayam sejuk beku itu ditahan semasa cuba dibawa masuk dari negara jiran ke Malaysia melalui pintu masuk Bukit Kayu Hitam Kedah, manakala daging kerbau sejuk beku dari India pula cuba dibawa masuk melalui pintu masuk North Butterworth Container Terminal (NBCT), Pulau Pinang.
MAQIS berharap inisiatif itu dapat membantu pihak Zoo Negara dari segi bekalan makanan haiwan.

“Pihak MAQIS sangat komited membantu Zoo Negara dalam memastikan bekalan makanan haiwan mencukupi selain terus memastikan isu-isu yang melibatkan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak merbahaya yang boleh mengancam industri pertanian dan penternakan negara dapat dibendung serta dikawal,” menurut kenyataan itu.



— BERNAMA

MAQIS P.Pinang rampas dua kontena kayu bernilai lebih RM250,000


Sebaran :


Leave a Reply