Pelatih tentera rampas bas sekolah, jadikan pelajar sebagai tebusan — MYKMU.NET

Pelatih tentera rampas bas sekolah, jadikan pelajar sebagai tebusan



Sebaran :

SOUTH CAROLINA: Seorang pelatih tentera ditahan dan didakwa atas puluhan tuduhan jenayah selepas merampas sebuah bas sekolah di South Carolina, Amerika Syarikat bersenjatakan sebuah senapang.

Lelaki berkenaan lengkap berpakaian celoreng turut menjadikan pemandu bas berkenaan bersama puluhan pelajar sekolah rendah sebagai tebusan sebelum membebaskan mereka.

Insiden berlaku pada jam 7 pagi waktu tempat berdekatan dengan Fort Jackson, pusat latihan tentera terbesar di Amerika Syarikat.



Pelatih tentera tersebut dikenalpasti sebagai Jovan Collazo.

Menurut Ketua Polis Daerah Richland, Leon Lott, pelatih berkenaan melarikan diri daripada pusat berkenaan bersama sebuah senapang.

“Dia memberitahu pemandu bas berkenaan dia tidak mahu cederakan sesiapa, cuma mahu diturunkan di bandar berdekatan,” kata Lott.



Sembunyi dalam lori sayur demi balik kampung

Rakaman video yang disiarkan dalam sidang media polis pada Khamis menunjukkan Collazo menaiki bas berkenaan sebelum menjerit kepada pemandu untuk menutup pintu dan pandu dengan laju.

Seramai 18 pelajar berada di dalam bas terbabit semasa kejadian, tambah Lott.

Selepas beberapa minit, Collazo arahan pemandu untuk hentikan bas berkenaan sebelum mengarahkan semua untuk turun.



Bas sekolah terbabit ditemui beberapa kilometer daripada tempat kejadian bersama senapang yang dicuri pusat latihan tentera.

Polis berkata kes masih dalam siasatan dan kini pihaknya bersama tentera sedang mengesan pelatih terbabit.

Pelatih tentera rampas bas sekolah, jadikan pelajar tebusan. Awani



 

Pelatih tentera rampas bas sekolah, jadikan pelajar tebusan

Sebaran :


Leave a Reply