Neelofa & PU Riz Didakwa Beli Karpet Berjumlah RM10 Ribu Di Nilai?

Neelofa & PU Riz Didakwa Beli Karpet Berjumlah RM10 Ribu Di Nilai? Isu rentas negeri kali kedua dan pembelian karpet di Nilai 3, Negeri Sembilan oleh pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz masih hangat diperkatakan.

Pekerja Karpet Turut Dipanggil Pihak Polis

Susulan Neelofa dan PU Riz telah dipanggil pihak polis daerah Nilai untuk memberi keterangan susulan dakwaan rentas negeri, terbaru salah seorang pekerja syarikat karpet berkenaan yang melayani pasangan selebriti itu akui tidak mengenali Neelofa dan PU Riz.

Memetik laporan Harian Metro, pekerja itu hanya mengambil gambar dan melayani pasangan selebriti itu seperti pelanggannya yang lain dan turut memberi kerjasama kepada pihak polis dalam memberi keterangan.

Neelofa & PU Riz Didakwa Beli Karpet Berjumlah RM10 Ribu Di Nilai?

“Saya tak kenal pun Neelofa, memang biasanya saya ambil gambar pelanggan dan memuat naik di media sosial, perkara sama saya lakukan pada Neelofa dan suaminya, tak sangka dia selebriti terkenal.

Saya hanya tahu Neelofa selebriti terkenal selepas gambar mereka berbelanja di kedai ini tular di media sosial. Saya layan mereka macam pelanggan biasa dan merakam gambar selepas membeli permaidani di sini” jelas pekerja itu

“Neelofa dengan suami ada datang ke kedai dan membeli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan karpet jenis lain yang semuanya berharga RM10,000. Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung” lapor akhbar berkenaan

Terdahulu, tular di media sosial mengenai gambar dan video Neelofa bersama suami dipercayai berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai Negeri Sembilan baru-baru ini sehingga dikecam hebat oleh netizen.-Murai

Baca Artikel Berkaitan :

Like FB MyKMU disini

Biodata dan Latar Belakang Neelofa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker