Penerima BPR bakal terima RM180, RM300 dalam Jaringan Prihatin


PUTRAJAYA – Bantuan sebanyak RM180 dan RM300 masing-masing dalam bentuk pakej peranti dan pelan data akan diberikan kira-kira 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) menerusi menerusi Program Jaringan Prihatin.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pasangan penerima BPR yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan menerima bantuan sebanyak RM300 untuk pakej peranti atau RM180 pelan data untuk setahun.

Beliau berkata, pasangan yang tiada anak di bawah umur 18 tahun pula akan menerima bantuan sebanyak RM180 untuk pakej peranti atau RM180 pelan data untuk setahun.

“Penerima yang layak akan turut menikmati faedah tambahan daripada syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dengan nilai keseluruhan RM1.5 bilion,” katanya menerusi Laporan LAKSANA yang dikeluarkan hari ini.



Beliau berkata, tempoh pendaftaran program Jaringan Prihatin dibuka dari 5 Mei hingga 31 Julai depan.

“Penerima yang layak boleh mendaftar dengan penyedia perkhidmatan pilihan mereka dan menyertai mana-mana pelan yang diiktiraf di bawah program ini,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Program Jaringan Prihatin yang akan memanfaatkan kira-kira 8.4 juta rakyat daripada kumpulan B40 di negara ini. K Online

BPR Fasa 2 mula dibayar 7 Mei ini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker