Cukup-cukuplah cari salah orang lain – Asyraf


KUALA LUMPUR – Datuk Asyraf Wajdi Dasuki menasihatkan pemimpin kerajaan supaya cukup-cukuplah menunding jari dan mencari salah orang lain.

Lebih baik kerajaan mengambil peluang bermunasabah.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata, ada beberapa sebab mengapa rakyat marah.

Hujahnya, rakyat marah sebab wujud ‘double standard‘ dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Rakyat marah kerana wujud layanan layanan berbeza dari segi penguatkuasaan undang-undang.

”Rakyat marah sebab kompaun dikenakan tanpa pertimbangan kemanusian bahkan seringkali bersifat dwi-standard (kayangan dan marhain), rakyat Marah sebab perlaksanaan SOP dilihat tidak konsisten dan caca-merba,” katanya yang mengulas dakwaan kononnya rakyat dihasut untuk marah.

Meskipun tidak menyatakan nama pemimpin tertentu tetapi Asyraf dipercayai mengulas kenyataan Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini.

Asyraf berkata, rakyat bukan marah sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi cara pelaksanaannya.

Oleh itu, beliau meminta pemimpin kerajaan supaya memahami keresahan rakyat.

”Selamilah kepayahan rakyat! Dengarilah denyut nadi dan suara hati rakyat! Kerana pemimpin diangkat oleh rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat!,” ujarnya. MG

SUKUK itu hutang, kerajaan jangan ghairah atas lebihan langganan – Pakar Ekonomi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker