Hormati pemergian Haziq, jangan buat spekulasi liar



Sebaran :


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menuntut agar masyarakat di luar sana tidak membuat tuduhan melulu mengenai pemergian mengejut atlet memanah negara, Haziq Kamaruddin yang menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Tegasnya, Allahyarham Haziq tidak mengalami sebarang masalah kesihatan ketika menjalani latihan terakhir di Majlis Sukan Negara (MSN) pada 12 Mei lalu malah analisis ujian saringan RTK-Antigen pada 10 Mei turut negatif.

Allahyarham Haziq telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 pada 4 Mei lalu bersama 242 atlet negara dan menjalani latihan seperti biasa.



“Saya rasa kita perlu ada sifat rahmah dan hormati ahli keluarga dahulu. Arwah telah divaksinkan bersama saya pada April lalu dan menerima vaksin kali kedua pada 4 mei iaitu 10 hari lalu.

“Sejak divaksinkan semua atlet di bawah pemantauan rapi oleh kakitangan Institut Sukan Negara (ISN) malahan turut mengambil ujian saringan RTK pada 11 Mei lalu. Dari ujian itu adalah negatif.

“Saya tidak mahu membuat andaian apa-apa dan saya fikir ia adalah tidak bertanggungjawab. Saya merayu agar mereka di luar sana tunjukkan rasa hormat kepada keluarga Allahyarham.



“Janganlah kita besar-besarkan perkara yang tidak betul. Bedah siasat masih dilakukan dan sebagai keputusan akan dimaklumkan. Buat masa ini 264 atlet dan pegawai telah divaksinkan pada hari yang sama. Malah 242 juga telah mengambil suntikan kali kedua,” katanya ketika berada di perkarangan Hospital Kajang hari ini.

Allahyarham yang baru mendirikan rumah tangga kira-kira setahun lalu meninggalkan seorang isteri, Shahira Abdul Halim dan jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Merlimau, Melaka. K Online

Pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia


Sebaran :


Leave a Reply