Elisya Sandha raya solo terakhir?

Elisya Sandha raya solo terakhir?

Elisya Sandha raya solo terakhir?

KUALA LUMPUR: Dikatakan tahun terakhir beraya atas status solo, pelakon Elisya Sandha percaya soal jodoh di tangan Tuhan apatah lagi ketika seluruh dunia ‘berperang’ melawan penularan pandemik COVID-19.

Tunang Uzair Haqimy ini mengaku mengharapkan yang terbaik dalam perancangannya mendirikan rumah tangga.

Diusik apakah Aidilfitri ini kali terakhir sebelum bergelar isteri, tanpa mengiya atau menidakkan, Elisya percaya aturan Allah adalah sebaik-baiknya.

Elisya Sandha berkata “Semestinya saya hendak mempercepatkan perkara baik termasuk urusan berumahtangga.



“Cuma dengan hal tidak terduga seperti situasi semasa penularan pandemik COVID-19, kita tidak mampu menduga apa yang akan terjadi.

“Buat masa ini, saya simpan dahulu soal itu. Namun, doakan yang baik-baik. Apabila tiba masanya, perkara itu pasti dikongsi

“Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan,” katanya kepada BH Online.

Elisya Sandha Adik kepada Fasha Sandha ini menyambut Syawal serba sederhana di ibu negara.



“Hendak balik rentas negeri ke Perlis dan Alor Setar tidak boleh. Tiada rezeki beraya di kampung, jadi, berayalah di Kuala Lumpur.

“Mujur ibu bapa saya di sini, jadi, tidaklah sayu. Cuma tidak boleh jumpa nenek di kampung,” katanya.

Sementara itu, Elisya teruja dua telefilem lakonan menemui penonton TV3 pada musim perayaan ini.

Ini termasuk telefilem Misteri Mona : Kuserumu Kembali yang akan disiarkan jam 10 malam esok.



Sebuah lagi telefilem lakonannya berjudul Fateema Azzahra yang diterajuinya bersama Azlee Khairi disiarkan jam 11 pagi tadi.

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT




Biodata Artis Reen Rahim

 




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker