REEN RAHIM KESEORANGAN DALAM KUARANTIN [VIDEO]

REEN RAHIM KESEORANGAN DALAM KUARANTIN

REEN RAHIM KESEORANGAN DALAM KUARANTIN

Reen Rahim Keseorang dalam kuarantin di sebabkan jankitan Covid 19.Beliau telah di beri amaran supaya menjalani Kuarantin dirumah sebab takut virus lambat active tapi dah ade kang tak pasal-pasal satu Klang positive.

“Tapi… mean RAYA REEN SORANG-SORANG (tak tau nak react ape nie). Ya Allah kau kuat kan lah amie (ibu) jangan bagi die sedih 10 hari tak jumpa ni. Lagi-lagi esok ni.. sian amie (ibu), but I have too. I rela amie nangis pagi raya Reen takde, dari pada Reen yang nangis amie kene COVID…

“Doa kan Reen k,” demikian tulis pelakon Reen Rahim yang memberitahu dia telah disahkan positif COVID-19 dan terpaksa menjalani kuarantin kendiri sejak kelmarin.

REEN RAHIM KESEORANGAN DALAM KUARANTIN

Dalam entri tersebut, Reen berkata bahawa dia terpaksa melupakan hasrat untuk beraya bersama keluarga tercinta. Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 32, telah berkongsikan khabar duka tersebut menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk pengetahuan peminat dan pengikut media sosialnya.

Menerusi hantaran tersebut juga, Reen telah memuat naik tangkap layar keputusan ujian calitan di mana dia telah disahkan menghidapi wabak penyakit itu setelah menjalani pemeriksaan di sebuah klinik. Reen dalam masa sama turut menzahirkan rasa syukur kerana ahli keluarganya yang lain tidak dijangkiti virus tersebut.

Pelakon drama ‘Pujaaan Hati Kanda’ itu difahamkan sedang menjalani kuarantin di berlainan kediaman daripada keluarga. Dalam pada itu, Reen juga meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana terpaksa beraya bersendirian dan tidak dapat bersama keluarga.

Dia juga turut memohon doa orang ramai agar kesihatannya semakin baik dan kembali seperti biasa. Terdahulu, antara selebriti yang baru sahaja disahkan positif COVID-19 adalah Nora Danish, Tiz Zaqyah dan Nabila Huda.

REEN RAHIM KESEORANGAN DALAM KUARANTIN

REEN RAHIM KESEORANGAN DALAM KUARANTIN


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker