Aurel Hermansyah keguguran, Atta Halilintar mohon jangan ada prasangka buruk terhadap isterinya


SELEBRITI terkenal Indonesia, Atta Halilintar berkongsi berita sedih apabila isterinya yang juga seorang penyanyi, Aurel Hermansyah mengalami keguguran anak pertama.

Berita sedih itu disampaikan oleh Atta menerusi Instagram beserta foto ‘ultrasound’ gambar bayinya.

“Sampai jumpa di syurga anakku. Doakan Papa dan Mama, ya anak soleh,” tulis Atta.

Dalam pada itu, Atta turut membidas komen negatif mengenai keguguran Aurel itu berkait rapat dengan tindakan mereka sebelum ini yang terlalu terbuka berkongsi kepada umum kisah kehamilan meskipun masih di awal trimester.



“Mohon maaf teman-teman semua tolong dijaga prasangka buruknya apa lagi ditulis di media sosial.

“Dulu sebelum diumumkan hamil, banyak fitnah hamil di luar nikah. Kerana itu kami umumkan supaya fitnah tidak semakin buruk.

“Setelah diumumkan, tetap saja ada yang memberikan pandangan berbeza.

“Sekarang anakku sudah ke syurga. Mohon jangan ada berita tentang isteriku kandungannya begini dan begitu. Jangan dengar kata orang tentang gosip atau finah, hanya dengar cerita daripada mulut kami saja,” katanya.



Sementara itu, semakan URTV di akaun Instgram Aurel yang juga anak kepada penyanyi Krisdayanti itu turut berduka dengan ujian yang dialaminya itu.

“Selamat jalan anakku sayang…doakan mama dan papa dari syurga ya,” luah Aurel.

Sekitar dua minggu yang lalu, pasangan itu berkongsi khabar gembira apabila mereka bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi.

Difahamkan, pakar perubatan yang merawat Aurel telah menasihatkannya untuk ‘bedrest’ kerana kandugannya ketika itu masih lagi belum kuat.



Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga pada 3 April lalu di Hotel Raffles, Jakarta.

Yang demam Aurel, yang sah positif Covid-19 Atta Halilintar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker