Mengapa kasino Genting dibuka tapi restoran ditutup, tanya wakil rakyat

Mengapa kasino Genting dibuka tapi restoran ditutup, tanya wakil rakyat

Mengapa kasino Genting dibuka tapi restoran ditutup, tanya wakil rakyat. Dua wakil rakyat pembangkang mempersoalkan mengapa kasino di Genting Highlands dibenarkan beroperasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP), sedangkan orang ramai dilarang makan dalam premis restoran.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata tujuan PKP adalah untuk mengekang interaksi sosial antara orang ramai, sesuatu yang pasti berlaku di kasino antara pekerja, penjudi dan lain-lain.

Tambahnya kasino adalah kawasan tertutup yang berisiko lebih besar menyebarkAhlian virus berbanding kawasan terbuka dengan pengudaraan yang baik.



Menurut panduan operasi Resorts World Genting di laman webnya, Genting Casino, Genting Club dan Genting Club Private Gaming tetap terbuka tetapi untuk ahli Genting Rewards sahaja.

Charles Santiago.

Panduan operasi

Terkini, panduan operasi turut menyatakan bahawa kali terakhir ia dikemaskini pada 17 Mei. PKP di seluruh negara berkuatkuasa pada 12 Mei.

Santiago juga ingin tahu siapa yang mengunjungi kasino ini ketika larangan perjalanan antara negeri dan antara daerah masih berkuat kuasa, menyifatkan ia “sangat mencurigakan”.

“Macam mana orang boleh dapat kebenaran untuk pergi ke Genting? Kedua, siapa yang memantau interaksi sosial di kasino? Adakah SOP benar-benar dipatuhi di sana? Adakah jarak fizikalnya mencukupi?



“Ini jelas tidak adil untuk restoran. Saya benar-benar simpati kepada pemilik restoran ketika ini; Saya tak tahu bagaimana mereka akan bertahan,” kata ahli Parlimen DAP itu kepada FMT.

Lee Chean Chung.

Lee Chean Chung, ADUN Semambu, Pahang, menegaskan bahawa tidak sepatutnya ada dwistandard dengan SOP PKP, sambil menyeru agar peraturan yang sama diterapkan secara menyeluruh.

Ketua bendahari PKR memberitahu FMT: “Di kasino, pengunjung akan duduk lama di situ.” Dia turut merasa bingung kerana kasino Genting beroperasi ketika perjalanan merentas negeri adalah dilarang.

Resorts World Genting enggan mengulas lanjut ketika dihubungi FMT.



PKP industri F&B

Shankar Santhiram, pengasas The Fire Grill di TTDI, berkata PKP sekarang ini nampaknya lebih kepada “PKP industri F&B”, sambil mengakui merasa seperti menjadi mangsa apabila mengetahui kasino dibuka untuk pelanggan.

“Tak boleh makan dalam premis, tapi nampaknya kasino boleh beroperasi. Tak boleh makan dalam premis tapi industri dan kilang masih dibuka dan beroperasi, walaupun ia menyumbang kepada kluster terbesar negara.

“Ramai orang melihat pemilik restoran seolah mementingkan diri sendiri dan tidak mahu ‘berkorban’. Ini sama sekali tidak benar. Kebanyakan daripada kami dalam industri ini memahami dan bersetuju rantaian jangkitan perlu diputuskan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Am Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura Wong Teu Hoon berkata bukan satu yang menghairankan untuk kasino di Genting dibuka kerana pusat membeli-belah dan pasar malam juga beroperasi.



Dia memberitahu FMT persoalan yang lebih besar adalah apakah PKP ini berkesan dalam menangani keadaan tersebut, sambil berharap pengorbanan yang dilakukan oleh pengusaha restoran berbaloi.

“Kami berharap kerajaan akan memberikan bantuan, seperti subsidi upah, kepada industri yang terjejas teruk seperti ketika PKP pertama. Dari perspektif kewangan, Bank Negara Malaysia boleh menawarkan lebih banyak bantuan kepada majikan,” katanya.-FMT

Mengapa kasino Genting dibuka tapi restoran ditutup, tanya wakil rakyat


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Lelaki Ini Dedah Punca Ramai Bangsa Cina Di Alor Setar Positif COVID-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker