Masya Masyitah beli rumah kedua – usia 21 tahun



Sebaran :

Masya Masyitah beli rumah kedua pula pada usia 21 tahun

Masya Masyitah beli rumah kedua pula pada usia 21 tahun. Penyanyi Masya Masyitah meluahkan rasa syukur apabila berjaya membeli sebuah lagi rumah hasil titik peluhnya selama bergelar anak seni.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi berusia 21 tahun itu memuat naik foto ketika menerima kotak ‘fuse cutout’ sebagai simbolik sudah memiliki kediaman dua tingkat itu.

Alhamdulillah, syukur ya Allah…

Melihat hasil pencapaian yang luar biasa itu, rata-rata pengikutnya tumpang gembira dan bangga dengan kesungguhan serta kerja keras Masya sehingga berjaya membeli dua buah rumah pada usia yang masih muda.

Tidak lupa ada juga segelintir individu mengucapkan tahniah dan mendoakan penyanyi lagu Hapus itu terus dimurahkan rezeki dan membahagiakan keluarganya.

Beli rumah : Bangga dengan awak sayang!

Alhamdulillah! Muda2 dah ada rumah sendiri…

Motivasi ni.. doakan saya juga!



Sebelum ini, Masya atau nama penuhnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff mendedahkan berjaya membeli kondominium bernilai RM300,000, dua tahun lalu.

Dia turut berkongsi video dekorasi dan hiasan kediaman tersebut di saluran YouTube untuk tatapan peminat yang sentiasa menyokong kerjaya nyanyiannya.

Sumber: Instagram Masya Masyitah

Masya Masyitah beli rumah kedua pula pada usia 21 tahun


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Masya Masyitah mohon maaf


Sebaran :


Leave a Reply